Khamis, Jun 04, 2009

Cabaran… cabaran…

Cabaran 2K! Itulah yang selalu didengari semasa berusrah satu masa dulu. Nampaknya cabaran itu benar2 saya lalui sekarang. Bukan saya seorang, bahkan mungkin ramai lagi / semua sekali yang diluar sana. Istiqamah dalam perjuangan dakwah bukan nya suatu yang mudah.. terutama setelah menghadapi 2K ini. KERJA dan KAHWIN! Ya, memang benar..

Bagi yg masih belum melalui 2 perkara ini.. gunakanlah segala peluang yang ada untuk membina kekuatan melaluinya suatu hari nanti. Usaha dakwah perlu dipertingkat.. begitu juga ibadah. Untunglah siapa yang menggunakan masa mudanya sebaik mungkin.. untuk ibadah.. dakwah…

Mcm mana pun, tiada alasan bagi yg sedang melalui 2K ini. Medannya mungkin berbeza dgn zaman sebelumnya. Hendak seribu daya… ah, terlalu byk alasan yg hendak diberikan? Mahu @ tidak? Tak mahu, jawablah di sana nnti…

Tiada ulasan: