Saya cuba menyelak kembali memori-memori lama yang masih tersimpan. Mencari dari mana datangnya kekuatan sekiranya pernah ada di dalam diri. Dari mana datangnya keinginan untuk bergerak dengan bersungguh-sungguh suatu masa dulu! Benarkah terasa semakin lemau?! Mungkin juga.
Mukmin kehidupannya dipenuhi dengan pelbagai warna-warni yang indah. Setiap yang pahit juga adalah indah baginya kerana setiap satunya memberi dia pengalaman yang berharga. Oleh itu, tiada istilah bosan/boring/lemah dalam kehidupan mukmin. Hidupnya diteruskan dengan cita-cita yang tinggi, bersama2 meletakkan Islam ditempat yang tinggi , tiada yang lebih tinggi daripadanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan