Rabu, Jun 24, 2009

Proaktif ke... reaktif??

Tertarik sy dengan perbincangan di radio ikim pagi ni.. mengenai sejauh mana kita mengambil berat tentang keselamatan para pekerja di pelbagai sektor. Contoh paling mudah kita boleh nampak, buruh2 pembinaan di tapak pembinaan bangunan, berapa ramai yang sudah mengalami kemalangan akibat kurgnya langkah2 keselamatan yg diambil.

Yg menarik perhatian sy, ada seorg pemanggil yg men"yemash" (di ambil drpd kata akar "smash"). Katanya kerajaan/masyarakat kita ni, tidak proaktif, tetapi reaktif!!! hehe, tergelak sy mendengar lawak jenaka sinisnya..

Menurut dewan eja pro: -

Proaktif: sikap positif (individu, institusi dll) merangka atau melakukan sesuatu tindakan (setelah difikir masak-masak) jauh lebih awal drpd berlakunya sesuatu perkara yg sememangnya memerlukan tindakan yg berkenaan (tindakan tidak dilakukan hanya setelah sesuatu hal itu berlaku): kerajaan negeri akan mengambil pendekatan ~ utk menjayakan projek yg dirancang.

Reaktif: 1. cenderung menunjukkan reaksi atau mengambil tindakan setelah berlakunya sesuatu terhadap seseorang, sesuatu situasi dsb: mereka bertindak secara proaktif, bukannya ~, utk mendampingi keseluruhan masyarakat setempat; dgn demikian, perencanaan kita lebih bersikap ~ kpd keadaan krisis yg mendadak; 2. (Kim) dapat atau cenderung bertindak balas secara kimia dgn berbagai-bagai bahan: litium adalah kurang ~ drpd logam-logam lain; metana adalah stabil dan tidak ~ di dlm udara.

Pilih anda rs anda golongan yg mana? Proaktif @ reaktif?

Sewaktu memandu pagi dan petang, radio ikimlah yg sentiasa menjadi teman sy sepanjang perjalanan hampir sejam pergi dan pulang dr kerja. Antara program yg sy minat termasuklah perbincangan pagi. Mmg kebanyakan pemanggil2 memberikan pandangan yg bernas dan membuka minda tentang sesuatu topik. I like it! ;).

-------

Alhamdulillah mlm td usrah muslimat diadakan dirumah. Seperti biasa jam 8.30 majlis dimulakan dgn ma'thurat dan diteruskan dengan pengisian, isu2 semasa, tazkirah. Siang hari smlm sy terima mesej minta sy beri tazkirah..bidan terjun! alamak, xsempat nak buat apa2 preparation... smlm siang sepanjang hr terlibat dengan kursus jenazah anjuran jabatan.. hampir pukul 5, pulang ke ofis.. solat asar, terus jam 5.30 bergegas untuk pulang ke rumah.. mmg sy xprepare apa.. hehe, mujur buku tulisan tuk guru; "Nota kepada diri" mudah untuk difahami; jd sy cuma baca dan xperlu menghurai panjang, sbb semuanya jelas! Tajuk yg dibentang smlm ialah "Dunia yg menjadi beban".. sy suka dengan cara penulisan dan tazkirah tuk guru.. tajuknya menarik dan terus menimbulkan rs ingin tahu.. pembentangan dan contohnya mudah. Dalam tajuk ini, diterangkan mengenai keadaan org kafir yg meminta dikembalikan semula ke dunia bersama dengan harta bendanya mereka yg melimpah; supaya dengan harta benda itu mereka dapat membuat kebajikan semula dan tidak di masukkan ke dalam neraka. Mana mungkin perkara itu berlaku! Tidak ada penyesalan setelah hari kebangkitan.

Bertanya sy kepada diri sendiri dan sahabat2...Apakah maksud harta bagi kita di dunia ini? Adakah ianya sebagai jambatan untuk menuju ke akhirat @ pun ianya adalah beban yg digalas yg menjerumuskan kita ke neraka kelak.. na'uzubillah.. semuanya terletak di atas tangan dan usaha kita.. harta2, isteri2, anak2... semuanya terletak di tangan kita untuk mencoraknyanya... beratnya tanggungjawab yg digalas!

Selingan sikit pagi ni. Cerita anak2 memang seronok diceritakan dan didengarkan (hehe, bg pendapat sy lah.. ). Smlm muhammad patahkan cermin mata abi.. waktu solat maghrib, muhammad ambik dan dengan rakusnya mengepak cermin mata tersebut. Mlm sebelumnya dia memang sudah berhajat berbuat demikian, tp sempat sy selamatkan. Tp mlm td telah sampai ajal cermin mata abi tu. Hehe, ini cermin yg kedua dipatahkan muhammad. Cermin yg paling "muda" telah menemui ajalnya terlebih dahulu. Marah benar abi gayanya.. tp marah kat muhammad, nampak gayanya dia belum benar2 paham apa erti marah... buat jadi tergelak tgk telatahnya.... Mujur abi godek2 dalam almari terjumpa cermin mata yg dah terpaling tua yg masih ada dalam simpanan... Boleh la, buat penyuluh jalan sementara waktu. Lagi pun smlm abi berhajat jumpa dengan ust nasa***** tantawi yg datang bagi kuliah di surau. Gagahlah dengan cermin mata tua itu sampai juga ke surau!

Ya Allah, anugerahkanlah kami isteri2 dan zuriat2 kami sebagai penyejuk hati kami dan jadikanlah kami imam kepada org2 yg bertaqwa... aamiiin...

1 ulasan:

ILHAM HAMDANI berkata...

Salam,

Em, marah dengan anak-anak. Lepas dimarah, masa malam tengok mereka tidur terleleh, datanglah sesal: "Tak patut aku marah anaknya. Mereka bukannya faham apa salah mereka."

Datanglah sesal. Begitulah selalunya. Tengah berusaha untuk menjadi ayah yang sabar dan bijak.

IlhamHamdani