Menulis sedikit sblm berangkat pulang...
Teringat saya semasa perjumpaan kelab remaja wardah sabtu kelmarin (usrah remaja NISA' HS). Kami bincangkan tentang buku tulisan tuk guru bertajuk NOTA KEPADA DIRI. Tajuk kecil minggu ini, lebih kurang "Allah melupakan hambanya yang melupakannya" xingat tajuk tepatnya; xbawa buku ke opis. Nampaknya spt mudah, tp pengertiannya amat besar. Ianya boleh dibaca dalam dua dimensi... 1. Allah melupakan hambanya yang melupakanNYA; 2. Allah ingat kepada hambanya yang ingat kepada NYA.
Sy cuba memberi perumpaaan mudah mengenai rakaman Allah akan segala apa yg manusia lakukan di dunia ini untuk dipertontonkan semasa di akhirat kelak untuk diterang kepada adik2. Tiba2 teringat, satu perumpamaan yg pernah sy dengar... Pita rakaman yg berjaya dicipta manusia hr ini, boleh merakamkan segala apa tindakan manusia secara sedar atau tidak. Allah lebih berkuasa jika dia mahu melakukan untuk semua manusia yg diciptakannya. Nah! Dah tentu semua itu tidak mustahil bg Allah, Malah Allah lebih lagi hebatnya...
Ya Allah kurniakan kami sifat ihsan... merasai kehadiran MU walau di mana jua, siapa jua kami ini ya Allah. Kurniakan kami rasa takut dan harap kepadaMU ya Allah. Aaamiiin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan