Sabtu, Ogos 15, 2009

Teman fastabiqul khairaat..

Haslia, Fendi n Family.. muhammad menyebok:D; gambar xberapa kelier.. huhu, ummi tangkap guna hset je ni.

Alhamdulillah ala kulli haal.

Jumaat kelmarin, teman serumah sy semasa di Jepun, Haslia.. datang ke rumah, bersama fendi dan 2 org putranya, umar dan fallah, dan juga mama liya:). Alhamdulillah yg xterhingga sbb diberikan Allah kesempatan. Mlm ni diorg sekeluarga dah nak balik ke Nihon semula. Fendi insha-Allah akan menyelesaikan PhD nya pada 2011.

Dekat jam 7 mlm hr jumaat itu, liya sekeluarga bertolak dr USJ. Kami tunggu di area tol BB. "Huh, jauhnya.. cam rasa balik kg" kata liya sambil tersenyum. Kami tahu perasaan org yg baru sampai ke BB ni. Melalui tol plus itu sj.. sudah terasa jauhnya. Tp bagi kami yg dah lama juga di BB ni, BB -> KL tu tempat berulang... ramai juga yg tinggal di BB dan bekerja di KL.. bahkan yg berulang TM -> Kl juga satu perkara yg bukan luar biasa.

Kami mmg nak sgt jumpa dengan Haslia Fendi sekeluarga. Haslia teman satu bacth yg sama2 kali pertama jejakkan kaki ke jepun. Teman semusafiran @ teman kembara.. dan xmungkin sy lupakan segala kenangan pahit manis semasa bersama. Dengan pengalaman menjadi teman sekembara itulah, haslia mengenali sy dan sy juga mengenali haslia. Sy xingat ada satu hadith / cuma kata ulama'; "kamu tidak akan mengenali teman kamu, melainkan dengan kembara". Ya! sy amat mengakui kebenarannya.

Kini masing2 sudah punya 2 anak.. dan masa semakin mendewasakan kami. Pengalaman hidup berdua selama di jepun, byk mengajar kami melalu alam perkahwinan dengan lebih toleransi, insha-ALlah! Sy yakin, lia juga tidak akan lupa.. bagaimana, kami bermusafir berdua dr hokkaido ke tokyo.. bahkan dr hokkaido ke oita ke nihaama .. menaiki 2 kapal terbang, menaiki shinkansen.. tertinggal train sewaktu ke nihama.. berkejar2.. bersama2 muslim sapporo dan bersama2 anak2 malaysia memasak dan berniaga semasa di daigakusai hokudai.. Ahh, manis sungguh kenangan itu. Walaupun kemanisan itu kadangkala disulami kepahitan juga, sgl yg manis itu tidak mungkin akan padam dr ingatan ini! Sy juga masih ingat.. jika tidak bersama ummuthoriq, sy akan menghafal alquran dengan haslia. Kami berlumba2 waktu itu.. "teman fastabiqul khairaat"... yg susah ingin dicari... semasa diri berasa lemah.. sy akan ingat kembali kenangan dan semangat yg sgt manis ini!


2 ulasan:

liya berkata...

salam adie, comel nya Muhammad senyum dlm gambar tu..ceria je..time kasih jamu kami dgn kuey tiow dgn satay gemuk yg sedap..falah berselera betul makan kuey tiow hari tu..pjg umur jumpa lagi tahun 2011 insyaAllah..

Unknown berkata...

salam.. huhu, semua nya made in pasar mlm:d. alhamdulillah dpt jumpa, insha-allah ada rzk jumpa lagi.. kalau xde dialam maya lah jawapnya...;) gambar lain ada kat friendster. gambar budak2.. tp semuanya goyang2 xclear. syg!