Peserta khusyu' mendengar ucapan daraipada tetamu jemputan Dr shafie abu bakar
Ahad smlm sy dan tasneem ikut program pelancaran tadarus perdana negeri s'gor kat masjid as-syarif, meru. Pagi2 lagi makcik siti dzauyah datang jemput kami di rumah. Abg muhamamd pun masih dibuai mimpi. Sian adik pagi2 lagi seawal jam tujuh ummi dah siram adik dengan air, suruh mandi.. hehe. Alhamdulillah akhirnya sampai juga ke meru. Walupun ikut perancangan ramai shbt2 yg akan tompang kereta ikut sekali, tp akhirnya tinggallah ummi dan makcik siti shj yg dpt pergi.. Yg lain, masing2 ada program lain..Ops terlupa.. sorg lagi puteri manis ummi yg turut jd peserta bernama Nur Tasneem Munazzah Binti Muhamamd Tasmim. Makcik Siti yg bw kereta pun sudah sy anggap seperti ummi sy sendiri; mesra sy panggil dia "ummi" juga.. Mulanya ingat sy mahu bw kereta dan dia duduk di sebelah, tp huhu, tasneem sudah kenal org, jebik sj bila org lain mendakap dia.. jd sy mohon kebenaran makcik siti untuk duduk sebagai penumpang shj.
bengkel dijalankan mengikut kumpulan masjid masing2.
Sampai ke tempat program tiba2 telefon sy berbunyi. "Oi, engko kat mana? Nyah pun ada kat masjid meru ni.. hehe" Begitulah bahasa kami adik beradik.. Rupanya kakak sy juga jd wakil masjid di tempatnya ke program tersebut. Xtahu plk, sbb xsempat menelefon seminggu lepas. Tp dia dpt tahu, dr mak sy juga akan ke meru. Anak2nya ditinggal di rumah mak yg kebetulan berdekatan situ shj. Alhamdulillah dapatlah berjumpa. Mulanya sy beritahu mak, sy akan singgah ke rumah. Tp xjadilah nampaknya sebab sy menumpang kereta makcik siti yg kebetulan patang itu terpaksa menghantar anak pulang ke asrama plk.
Ummi dah habis berbincang ke? Sy dah bangun dan dah ceria bersama minimouse sy
Alhamdulillah ramai juga yg terlibat dengan program. Masa awal sy sampai xramai lagi, tp akhirnya penuh juga dewan. Ye lah, program mengumpulkan satu selangor.. drpd hulu selangor.. sabak bernam, kajang.. dll semuanya ada. Insha-Allah smg dengan pelancaran kali ini, program tadarus dan khatam al-Quran ramadhan kali ini berjalan dengan lebih baik dan selaras. Insha-Allah kami juga bersetuju memohon munabbih2 drpd Darul Quran sbg pembimbing tadarus di masjid2 nnti. Adik2 DQ.. jgn lepaskan peluang ini. Inilah fardhu kifayah yg menjadi fardhu ain bg adik2 semua!..
Tasneem sudah kepenatan, time bengkel dia tidur plk.. ish.. cemana nak bincang nih, anak dara?
Ye, spjg mengikuti program tadarus sejak kecil, mmg xramai yg tampil untuk membimbing pentadarus2 membaca al-Quran. Mmg ramai yg mahu terlibat dengan tadarus. Tp sistem tadarus yg dilakukan kurg berkesan untuk meningkatkan mutu bacaan dan penghayatan para pentadarus. Asal khatam! Sedih kan kalau begitu?? Siapa yg rs mampu baca quran dengan baik, tampillah untuk membimbing yg masih kurang baik bacaanya. Bukan buat tapisan siapa yg baik atau tidak baik bacaannya, tp yg lebih penting supaya dapat dibetulkan mana2 bacaan yg masih tidak betul itu. Jika tidak dapat semua, sekurang2 nya sedikit. Sekurang2nya slps habis ramadhan adalah sedikit peningkatan, insha-ALlah! Sy juga berazam untuk baiki bacaan. aamiin!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan