Selasa, Ogos 18, 2009

Apa ada pada kutu?

Alhamdulillah ala kulli haal..

"Kamu nak nombor berapa main kutu ni? Yang tinggal no 2, no 7, no 11. Yang lain semua org lain dah cabut. Ni baki yg tinggal. Kalau cepat dapat, cepatla habis"

"Kalau bg no 2 ok jugak. no 2 time nak raya.. hehe"

"Ai kalau dapat time raya, byk yg dapat byk le habis jwp nya"

Pagi2 hari lagi mak sy sudah menelefon nak bertanya tentang kumpulan kutu yg baru ditubuhkan. Mak sy mmg aktif berkutu sejak dulu lagi. Alhamdulillah dgn duit simpanan kutu tu jugalah kami adik beradik dibesarkan. Bila terdesak, selalu jugaklah duit kutu menjadi duit terpijak yg xdisangka2. Alhamdulillah syukur yg amat. Istiqamahnya mak sy dengan bermain kutu, sehingga ke hari ini, dia selalu menjadi "organizer" kutu suri rumah2 di kampung. hehe. Cabutan undi biasanya mak yang sediakan. Tp untuk anak beranak biasanya kami pasrahkan saja baki undian yg terakhir itu. Kemudian tukar suka sama suka adik beradik. Tolak ansur lah xkisah siapa yg nak dulu dan nak kemudian.

Apa ada pada kutu? Dulu sy penah jugak terfikir drpd main kutu, baik sy melabur duit dekat public mutual ke, takaful ke @ mana2 lagi yg boleh memberikan pulangan yg lebih baik. Tp akhirnya sy pasrah.. kalau disiplin diri xkuat, mengetepikan duit untuk disimpan.. jgn haraplah
simpanan kita boleh byk! Nak dapat 1000 setahun pun susah! Bergantung pd disiplin lah! Bg sy setakat ni sy masih gagal untuk pastikan akaun public mutual sy sentiasa diisi setiap bulan. Akhirnya, sy pun memilih untuk memberikan komitment pd pelaburan kutu:). Walaupun tiada dividen @ segala mcm pulangan lain, tp komitment tinggi! Sbb kita menabung tu secara berjemaah;) Betul kan?

Dan, sy kagum.. inilah cara para suri runah yg tidak bekerja menyimpan duit seperti mak saya.. tiba2 time nak renew cukai jalan, tiba2 Allah sediakan jalan keluarnya melalui duit kutu.. Time anak nak masuk sekolah, tiba2 bantuan Allah dtg melalui duit kutu. Subhanallah. Mmg sy kagum.. kita usahakan. Allah memberi jalan keluarnya..

Dan xsalah rsnya sy kongsikan. Muslimat di tempat sy juga menggunakan method berkutu untuk infaq kepada masjid! main kutu, kemudian 20% drpd jumlah kutu yg diterima diinfaqkan kepada tabung masjid.. Ye, kdg2 kita amat susah sebenarnya nak menghulurkan duit untuk sedekah, hadiah dan sebagainya.. rm10 pun kadang2 susah. Tp insha-Allah method tu
pelbagai... insha-Allah ini juga mungkin boleh dibuat di tempat shbt2:).. Sy juga xpenah terpikir, xtahu siapa punya idea.. tp mungkin dah lama kut, hehe.. sy baru tahu dan terkagum jugak sebentar walupun ianya simple. Sbb kdg2 ianya simple bg kita, tp tidak simple bg org lain. Pikir ye? kalau org gaji 2000- 3000 mgkin sblh mata dia memandang duit rm 10 untuk di dermakan. tp kalau org yg punya gaji kecil, tanggungan besar rm10 kdg2 berat juga.. dengan cara macam tu
lah kdg2 dia boleh menginfaqkan lebih sedikit drpd hasil simpanannya.. Usaha + mujahadah + tutup mata untuk keluar duit simpanan:)

Tp kenapa dipanggil kutu? Sampai sekarang sy terfikir kenapa ia dipanggil kutu. Entah lah? xjumpa sejarahnya.

Tiada ulasan: