Isnin, Ogos 10, 2009

Kesian putriku..

Alhamdulillah ala kulli haal

Hari ni jam 10.05 pg baru sy sampai ke ofis. Bawa Tasneem ke klinik. Tasneem demam malam tadi, kesian, panas juga badannya. Xingat jam berapa abi bingkas bangun dan basahkan tuala untuk letak di kepalanya kurangkan panas. Mungkin sbb siangnya dia xberapa tidur juga, alhamduliLLAH dia lena semula hingga ke pagi. Walau pun Tasneem dah lena, kejap2 kami bangun juga tengok ok @ tidak suhu badannya. Risau sungguh kalau budak2 demam..... mcm tu la juga agaknya masa kita kecik2 dulu mak dan abah kalau kita demam... Semoga apa yg jua yang diberi peluang melaluinya, diberikan kesedaran untuk diinsafi, insha-Allah.

Patutlah hari Sabtu waktu kenduri di rumah opah, Tasneem langsung xmau berenggang. Rupanya nak demam... Siapa pun pegang dia xmahu, jadinya ummi xberapa boleh buat kerja la.. kdg2 ummi tinggalkan skjp.. kadang2 bila dah menangis tu, xdiambil.. dia meraju, berpanjangan lah tangisnya.. Kesian putriku.. ummi doakan cepat sembuh.. waktu ke klinik td, nampaknya dah mula berpeluh.. tp mgkin belum begitu stabil lagi, bising juga mulutnya waktu menunggu giliran, seolah2 mahu bg tahu, ummi, abi, abg; tasneem xselesa ni...
Mungkin demam nak tambah aqal ni!

Dah dekat sangat nak puasa ni? Sy masih belum buat apa2 persediaan ke arah itu. Astaghfirullah.. teringat nikmat berpuasa semasa zaman sekolah, zaman di universiti dahulu. Seronoknya jika kemanisan itu berulang. Tadarus, Tarawikh... mmg semuanya mudah di raih kemanisannya jika diusahakan dengan penuh keazaman! Azam untuk khatam dan hayati al- quran! Azam untuk tingkatkan solat tarawikh! Dan jadikan Ramadhan sebagai medan latihan untuk meraih kemanisan menjadi org yang beriman! Aaamin, doakan sy sahabat2!

4 ulasan:

anon berkata...

risau jugak kalau budak2 kecik demam kan...ye la mana yang tak selesa.. mana yang tak kena..diorang bukan boley bgtau pon.. kesian.
alhamdulillah setakat ni auni takdelah demam terok2 sgt lagi...hopefully tasneem cepat sembuh.

Unknown berkata...

betul norat.. kalau budak demam, xlena dibuatnya.. kalau dia nangis pun kita risau, kalau dia xnangis lagi kita risau. ALhamduliLLAH nampak dah semakin ok, bdn dah xpanas.. cuma semalam mcm naik ruam2 bawah mata, dan kat perut sikit. Risau jugak kut campak ke @ alergik ubat.. insha-Allah kalau xok merahnya.. petang ni bwk ke klinik pas balik kije..

Isma berkata...

Adie.. isma rasa Tasneem ni demam campak. kalu kat sini mmg ada specific name penyakit ni. campak ni selalu serang budak umur seblm sethn.. dia akan demam tinggi beberapa ari dan lepas kebah akan keluar bintik2 ruam. Uwais isma dulu pun pernah kena sampai demam 40 C, 3 hari berturut2...risau tak ingat waktu tu. jumpa doc pun dia just kasi ubat demam. kata nye penyakit ni tak de ubat khas, cuma kawal suhu badan nye sahaja.... kalu betui la Tasneem kena campak ni, tak pe insya allah takde pape..

Unknown berkata...

Alhamdulillah, tasneem dah sembuh.. Merah2nya pun dah kurang... Tido lena, bangun tido pun meleret je sengihnya lps baik demam ni.

Tp muhammad plk smlm petang mula demam. Pg td bawak klinik, demam xtinggi sgt. Dr kata paru2 semua ok.. Nampak pun, muhammad ok, masih ceria mcm biasa. Mudah2an ok lah semuanya. Risau jugak. Kata kak misah, anak jiran sblh umah dia semua demam..