Alhamdulillah ala kulli haal..
Terasa pendek benar masa seminggu. Hari ni sudah jumaat. Hari ini juga sudah genap umur tasneem 5 bulan... sedar atau tidak, anak yg mulanya hanya mampu terlentang.. kini sudah boleh meniarap, mengangkat punggung berundur ke depan ke belakang, tertawa..
Pantas masa berlalu; tanpa sedar mendekatkan kita dengan hari kematian. Tanah di perkuburan kian sempit dan menyesak.. entah bila pulak giliran kita menjadi ahlinya. Sesaatpun tidak menjanjikan kita apa2 kebaikan jika dibiarkan ianya berlalu begitu shj tanpa sebarang pengisian, tanpa sebarang kesedaran.
Checklist seorang jundi/daie (pejuang/pendakwah):
1. Baca quran / ma'thurat setiap hari?
2. Solat malam?
3. Puasa sunat sekurang-kurangnya isnin dan kamis?
4. Menjalinkan silaturrahim dan ukhuwwah?
5. Solat berjemaah?
6. Menjalankan tanggungjawab kepada mad'u terdekat? Keluarga dan anak?
7. ....
.....∞....
tanggungjawab yang infiniti..... kalau yg basic pun masih belum "lepas", jgn perasan la mengaku diri sebagai pejuang!!
Fuyu gathering (perkumpulan musim sejuk) di nihaama; xsilap tahun 2003.. bersama dengan hamanaka san @nama Islamnya Sulaiman (berdiri di belakang kiri; sebelahnya isterinya juga seorg jepun). SubhanaLLAH komitmennya dengan Islam. Optimis! Dia bina dan menjadi pengasas masjid di kawasannya itu, dan membayangkan ia mungkin jd kemudahan bagi bakal2 muslim jepun di situ suatu hari nanti!
Muhasabahlah diri sendiri, sblm memuhasabah orang lain dan sblm org lain memuhasabah diri .. dan yg lebih menakutkan, muhasabah lah diri sendiri sebelum Sang Pencipta memuhasabah diri di satu saat yg pastinya tidak akan dapat berdolak dalik lagi.
Sempat sy membaca catatan tinta jundi hari ini. Untuk nota, tinta jundi salah seorg tokoh yg sy kagumi ilmunya, keistiqamahannya, kezuhudannya.. mudah2an segala pujian ini menjadi doa bg beliau. Sewaktu menyertai "intifadhah" di UM, beliau yg selalu melaungkan doa wehdah di barisan hadapan. Sewaktu program, jika beliau memberi ceramah.. telinga kami tadah bagai menadah air yg mencurah2.. malah sms di jepun juga 2kali kami jemput beliau sebagai jemputan dan merupakan salah seorg tokoh favaourite kami. Bagi saya, kalamnya adalah kalam murabbi... smg beliau terus istiqamah dan kami mengikut jejak langkahnya...
Suka sy berkongsi catatan beliau.. bagaimana beliau menghabiskan masa dengan anak2 dan keluarga. Masanya sebagai seorg daie mungkin sgt berbeza dengan kita.. lihat sj kesibukannya sy sendiri menjadi letih! Katanya jika keadaan mengizinkan, setiap kali berprogram dia akan membawa anak2nya bersama. Jika terpaksa bermalam, bermalamlah.. Itu sj masa yg ada untuk dihabiskan bersama anak2. Dan dengan itu lah yg memungkin anak2 diasuh dr kecil; membiasakan diri terlibat dengan amal islami..
Huhu, boleh ke kita mencontohinya bi??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan