Jumaat, Ogos 14, 2009

Mana Milik Kita...

Alhamdulillah ala kulli haal...

Sy xtahu kenapa tiba2 juga sy merasa amat sedih dengan pemergiaan Ust Asri Ibrahim... bila dah xada baru terkenang.. walaupun sbnrnya dia sgt jauh, xpernah jumpa pun, cuma dgr lagu2nya je. Tp sy rs sy sgt terkesan dgn nasyidnya sejak kecil. Sejak seawal umur 6 thn. Masa tu sy suka dgr nasyid2 Nada Murni dan Arqam. Salah satu lagu yg sy rs sgt menyentuh qalbu, lagu mana milik kita.. Malam td dlm kereta, waktu ambil tasneem dan muhammad, tiba-tiba lagu tu berkumandang... nak berderai air mata rasanya:(

Bg sy method da'wah pelbagai... dan sy rs ramai juga yg turning point dlm hidupnya adalah bertitik tolak dengan da'wah nasyid. Masa zaman Nabi dulu juga ada shbt Nabi yg pandai bersyair, dan dgn syairnya juga Nabi suruh supaya digunakan sbg senjata untuk menarik org kepada Islam dan menggunakannya untuk berhujah ttg Islam. (xingat sanadnya. Tp sy rs penah bc ttg tu, maaf kalau sy silap tolong betulkan)

Cuma di sini, bg semua para da'ie (pendakwah : kita semua adalah pendakwah; xsorg pun terlepas dr tggungjwb tu), jgn sekali2 perkecilkan usaha dakwah yg org lain buat, walaupun mungkin caranya kdg2 xkena dengan taste kita.. Dan perlu di ingat, kalau kita dipilih ke syurga pun, bukan lah kerana usaha kita semata2; kalau kita rs kitalah yg terbaik dlm method dakwah kita. Tp semuanya dgn rahmat Allah..

Kenapa sy menulis begini? Sbb sy rs sy amat sedih bila ada di kalangan shbt2 yg terlibat aktif dalam dakwah suka mempertikaikan dakwah yg dibuat oleh jemaah lain. Dan merasakan methodnya lah yg terbaik dan paling sesuai diikuti. Usah mendabik dada kawan.. Bukan kita yg menentukan dakwah kita itu yg terbaik. Kita hanya mengusahakannya supaya jd yg terbaik shj! Dan suka sy menekankan pada diri sy sendiri terutamanya, jgn rs dengan apa yg kita buat selama inilah yg menyebabkan kita dipilih ke syurga Allah. Tp semuanya adalah dgn rahmat Allah! Istighfarlah!

Senikata:
Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Bumi langit ciptaanNya
Miliklah apa sahaja
Tidak terlepas dari ciptaaNya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana Milik Dia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita disisanya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat padaNya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya..


ps: muhammad plk demam:(. dah bwk ke klinik td. Doakan cpt sembuh ye shbt2..

Tiada ulasan: