Pagi ini putriku bangun dalam keadaan ceria. Memanjang sengihnya lihat ummi dan abi lepas bangun tidur. Mlm td lena tidurnya.. sy juga boleh tersenyum riang melihat keriangan keduanya.. Tasneem dah hampir sembuh.. cuma ada merah2 sikit di bahagian muka dan badan. Risau juga sy tgk pagi smlm. Kata pengasuhnya mungkin alergik ubat sbb tasneem kecik lg, baru masuk 5 bulan. Sy terus terfikir campak. Kalau merahnya bertambah, petang ni sebaik pulang kerja insha-Allah sy akan bw ke klinik.
Smlm abi pulang lewat, jd selepas balik kerja sy terus pulang ke rumah, tanpa ambil kedua2nya lagi. Risau juga kalau abi lewat sgt pulang, sy bermasalah nak ambil abi di kilang dengan bwk keduanya bersama naik kereta. Mmg sy belum yakin! Muhammad kalau dlm kereta masih belum pandai diam. hehe. Ke depan, ke belakang.. Kalau dibiarkan dia dibelakang bersama tasneem belum tentu lagi tangannya xmerayap. Dia selalu kata; "Sayang adik, sayang baby" hehe dlm masa yg sama tangan nya merayap ke mata, hidung dan mulut tasneem. Bahkan sering juga dalam sayang-sayangnya itu dia melepuk tasneem.. kuang3x. Belum ku percaya lagi putraku itu! Slps solat maghrib sy pegi ke kilang untuk ambil abi. Alhamdulillah abi habis meting jam 7.15 terus sms "Abg baru abis meting, lps solat nnti s*g dtg la".
Siap2 solat, sy terus meluncurkan kereta ke kilang. Alhamdulillah balik tu terus sj ke rumah pengasuh ambil putra dan putri sy. Huhu, rindunya.. dua2 nya pun makin manja dengan pengasuh.. Kebetulan masa balik tu, suami kak misah (pengasuh) tu pun baru balik.. dia kalau xtonyoh muka tasneem dengan ciuman mmg xsah.. muhammad plk suka round2 ngan abahnya itu naik motor.. Huhu, kadang2 terlintas jugak rs jelesnya, pengasuh lagi lama bersama anak2 ku berbanding diri ni sendiri? Tp bila pikir2.. jauh lebih baik begitu, drpd anakku didera xtentu pasal.. na'uzubillah. Alhamdulillah kak misah anak beranak.. mmg amat sy harapkan menjadi sebahagian pendidik putra putri ku. Kak misah dan suaminya juga juga join usrah, jd atas dasar itu, sy juga menaruh kepercayaan yg tinggi pd keduanya.
Tanpa pulang ke rumah, kami terus ke kedai makan. Jarang2 sbnrnya ke kedai mkn waktu mlm. Tp mlm td terpaksa sbb nak cepat. Sy kena ke meting muslimat masjid jam 9mlm. Kalau boleh xmahu jd spt mlm sebelumnya, tertewas untuk kesekian kalinya. Biarlah mlm ini lps mkn, abi hntr sy dan tasneem, dan abi bw muhammad pulang berehat di rumah. Alhamdulillah dr dlm kereta lg tasneem dah tertidur waktu sampai di rumah kak zurina .. sy cuma ulik2 kan sekejap.. dan letak di atas toto baby hakimi yg diberi pinjam kak zurina. Tasneem terus tidur dgn nyenyaknya sampai lah meeting berakhir! Alhamdulillah sgt2 dpt lah sy concentrate meting mlm td. Byk juga yg dibincg berkenaan program ihya' ramadhan yg dirancang. Jam 11.30 mlm tumpang kak miza plg ke rumah! Sampai rumah, abi kata.. muhammad pun letih sgt.. dah tertidur sejak dr dalam kereta balik makan td.. :).
Bagi sy peluang hidup kita sebahagiannya adalah pada perkongsiannya. Xsemua yg org lain ada kita ada, dan xsemua yg kita ada org lain ada. Jd di situlah hikmahnya kita berkongsi pengalaman dan ilmu semoga manfaat yg kita dpt org lain juga mendapat tempias dan manfaatnya. Semoga apa yg sy kongsikan semua yg baik2 belaka, dan sy amat berharap sy mendapat ganjaran amal jariah drpdnya. Mcm ust asri rabbani yg telah meninggalkan kita selamanya hr ini (alfatihah). Bg sy amal jariah buah2 nasyid yg beliau tinggalkan, menjadi salah satu elemen yg mendidik sy sejak dr kecil. Alfatihah untuk beliau. Mampu xsy mengikut jejak beliau.. mudah2an org kenangkan yg baik shj.. yg jahat terus dilupakan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan