Semoga sy menjadi org yg sentiasa bersyukur dan ingat dengan setiap apa yg sy lalui. Nikmat, musibah.. segala apa jua yg dtg, smg sy sentiasa melihatnya dr sudut yg positif.. lari dr musibah bukan satu penyelesaian bukan? Syukur sy tidak pernah melalui kesukaran spt shbt2 yg teruk diuji.. Mungkin kerana sy belum benar2 bersedia untuk melaluinya.. mgkin sy juga bukanlah sekuat sahabat2 yg diuji, untuk diuji seteruk itu...
Sejak kebelakangan ni, byk org bercakap ttg arak.. dr dulu lg sbnrnya isu ini diperkatakan.. dan diwaktu2 yg keruh ini, mcm biasalah pasti ada yg cuba menangguk ikan... ya itu perkara biasa.. seolah2 cuba memperjuangkan sesuatu.. tetapi sbnrnya sedang mempermain2kan isu/ sbnrnya sdg mengelirukan sesetengah org yg mungkin sudah sedia keliru. Yg xpernah2 bercakap2 dr sudut agama juga, nampaknya mula bercakap2 .. yg itu salah.. yg ini salah. Ibaratnya sekecil zarah di seberang laut nampak, tp dinasour yg di depan mata xnampak. Mungkin sbb terlalu besar kut.. sampai xnampak yg itu sebenarnya dinasour...
Teringat sy sewaktu 見学(kengaku- lawatan sambil belajar) di 旭川高専(Asahi kawa kousen - Politeknik? Asahi kawa) masa di tahun 3 dulu. Waktu itu sy berdua bersama kak linda, senior satu course di (北海道大学)hokudai. Kami melawat lab dan melihat projek2 yang berkaitan dengan lab di 大dai (universiti) kami. Pening juga kepala kami melihat pelbagai perkara yg serba canggih.. Rasa mcm budak sekolah tadika yg bersama budak uni;). Mcm mana pun kami cuba menggunakan kesempatan untuk bersama2 dengan bbrp org pelajar politeknik tersebut dengan sebaiknya. Mereka juga ingin tahu tentang Islam, jika ada yg sudi bercerita... Cuma kesempatan yg kita ada itu kadang2 tidak kita gunakan dengan sebaiknya untuk berkawan, bercerita, dan menarik mereka kepada Islam. Dalam isu arak ni sy yakin bukan sy seorg shj.. tp semua shbt2 yg pernah berada dan berkawan dengan org jepun, agak tersepit... Majlis2 mereka, mmg xboleh dipisahkan dengan arak. 一次会、二次会、三次会.. yg pernah berkawan dengan mereka pasti tahu istilah ini, dan mesti tahu betapa teruknya si jepun2 ini jika sudah mabuk. Malah ada yg sampai mati kemabukan! Sebab itu Islam mengharamkan arak ini, kerana bahana yg di bawanya terlalu byk. ...
Berbalik pd tentang lawatan sambil belajar sy td, byk jugalah persoalan yg kami ditanya mereka mengenai Islam. Salah satunya ttg arak.. Pagi waktu sblm kami pulang semula ke universiti kami kami telah di bawa bersiar-siar oleh beberapa pelajar politeknik tersebut menaiki kereta. Xsangka plk rupanya mrk bawa kami ke pusat penghasilan terbesar arak di asahi kawa itu. Mereka maklumkan tempat itu sgt terkenal, kerana kebersihan pemerosesannya.. dan sebagainya.. bla2...:) (kalau boleh sy menolak untuk pergi mmg sy menolak, tp apalah kekuatan yg ada waktu itu..).. Apa yg membuat sy terus berada di situ adalah kerana minat salah seorg drpd pelajar politeknik itu mengenai Islam.. bertanyakan itu dan ini.. dia juga mengaku tidak minum arak dan tidak merokok. Memang ada jepun yg begitu, walaupun itu budaya mrk. Mcm kita jugalah ibaratnya....Mudah2an satu hari nnti dibukakan pintu hidayah untuknya menerima kebaikan Islam.
Sewaktu berjalan2 di dalam pusat penghasilan arak itu, mata kami tertera pada satu peta yg menunjukkan ke mana dan dari mana import export arak yg terlibat bg negara jepun.... sebelum itu kami berkali2 mengatakan muslim malaysia xboleh minum arak kerana arak haram di sisi agama.. Ya Allah, alangkah malunya bila dalam peta yg dipaparkan di dinding pusat itu, malaysia adalah salah satu negara yg terlibat! Dan S*l*angor P*u*ter merupakan salah satu penaja bagi iklan2 yg ada di dalam keretapi dll... Apa yg boleh sy jawab waktu itu? Cubalah tolong jawabkan...kalau shbt2 berada di situasi saya, apa jawapan yg akan keluar dr mulut shbt2? sy kaku dan terkedu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan