Kak O: "Same2, akak masih kat jln duta ni"
Saya: "Hehe, ok"
Akhirnya sy tewas juga malam ini..........
Sy sudah mengarang2 untuk ke meting muslimat yg mula jam 8mlm, bukan jauh... cuma di rumah kak zurina. Jam 8mlm, ke rumah kak zurina, anak2 tinggalkan pd abi.. jam 9mlm balik semula sama ada habis @ tidak meting, sbb jam 9.15mlm pula abi ada mesyuarat pemuda. Tp sy tewas...... Jam 7.30 mlm lbh kurg sampai di rumah, solat dan mkn.. jam 7.57 sy msj kak o yg juga masih dalam perjalanan pulang dr kerja; sbb sy yakin sy xsempat mengejar jam 8. Sy bersiap2 pakai tudung dan cuba tidurkan tasneem. Dua, tiga kali masukkan dalam buaian.. xjuga tidur.. seakan tahu sy mahu keluar..Muhammad juga, merayu..."Ummi nak ikut.." walaupun matanya sudah terlalu kuyu, mengantuk! Jam sudah 8.45. Tasneem akhirnya tertidur dalam pelukan sy... Mcm mana nak pegi? 15 mnt je yg tinggal. Kalau sy bwk kedua2nya alamatnya mmg sy akan mengganggu meting! Tasneem akan menangis kerana tidurnya diganggu, muhammad plk akan jumpa abg khushairi, dan gamatlah rumah dengan tawa ke duanya.. Akhirnya, sy terpaksa buat keputusan. "Abi, abi pegi lah mesyuarat mlm ni, cemana, kesian dengan budak2 ni".......... Waktu menulis ni, keduanya sudah lena diulit mimpi dan abi sudah ke mesyuarat.. Sy juga sudah terlelap sewaktu abi tinggalkan rumah td! Penat! Dicampur plk dengan sakit perut hr ni, mmg menguji kesabaran....
Suatu masa dulu, waktu muda, waktu masih bujang... sy selalu dimomokkan dengan 2K. KERJA dan KAHWIN. xramai yg dpt istiqamah dlm perjuangan setelah menghadapi 2K ini. Ya, skrg saya melalui dua perkara itu.. bukan sng rupanya. Jadi haruslah sy kagum dengan kakak2 dan shbt2 yg telah dan sedang melalui 2 perkara ini dengan sabar dan jaya! Saya juga bercita2 menjadi seperti kalian! Saya sbnrnya hampir tewas dan mungkin ada ketikanya sy mahu berada di zon selesa.. Masa sy cuma habiskan bersama suami dan anak2.. tanpa meting tanpa program! Astaghfirullah, ya .. mmg pernah terlintas... sy juga pernah menjadi takut.. jika kebanyakan mlm sy habiskan bersama meting dan program, terjaminkah ms depan anak2 dan keluarga? Mmg semua itu pernah terlintas di hati kerana melihat kegagalan sesetengah shbt membahagikan masa mungkin menjadi salah satu sbb anak2 terbiar dan akhirnya memalitkan fitnah di muka ibu dan ayahnya sendiri! Nauzubillah!
Aku mohon padaMu ya Allah, kurniakanlah aku dan keluarga ku dan juga semua yg berada dalam lingkungan ku suatu jalan yg terbaik untuk mencapai kebahagian di dunia dan di akhirat. Amin!
Perjuangan ibarat sampan
Orang yang kuat jiwa dan berjiwa besar
tidak kenal kecewa dalam perjuangannya
kalau perjuangan ibarat sampan di laut
waktu cuaca baik lautan tenang,
dia lajukan sampan,
walau sekali sekala berhadapan dengan ribut,
pandai pula dia mengendalikan perlahan,
dengan penuh berhati-hati, bijak menongkah ombak,
pandai menggelecek angin,
waktu kapalnya karam,
setengah kawan-kawannya tenggelam,
pandai pula dia berenang,
dan mampu ke darat rehat seketika,
selepas itu dia membuat sampan,
dan mencari kawan-kawan
kemudian berlayar semula,
mungkin dengan satu strategi yang baru,
namun putus asa tidak ada dalam kamus hidupnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan