Isnin, September 28, 2009

Alfaatihah..

Kenangan semasa ke Cameron Highland 2008 bersama ma dan abah

Ibu mertua saya telah kembali ke rahmatullah pada 17/09/09 bersamaan 28 Ramadhan 1430. Jam 9.00 mlm. Mudah2an perginya pada mlm jumaat dan di akhir ramadhan slps 27 Ramadhan itu menjadi petanda beliau terpilih menjadi golongan mukminah solehah.. aamiin..

Perginya satu kejutan bg kami sekeluarga krn beliau melalui ramadhan dengan penuh smgt.. puasanya penuh.. solat tarawikh di masjid juga, menurut ayah mertua.. lengkap sehingga 23 rakaat sehingga 2 hr terakhir sebelum beliau meninggal dunia.. hari2 terakhir beliau.. dihabiskan panjang berwirid di atas sejadah...

Kata kak uji.. "Ma xramai kawan.. berkawan dgn ma long saja.. tp waktu solah jenazah... penuh org dtg berebut solat... kita yg ramai saing mengumpat ni.. xtahu lg solat jenazah kita siapa yg mari".. ibu mertua sy seorg yg tidak byk cakap.. tutur katanya terjaga.. alhamdulillah jenazah beliau di solatkan seusai solat jumaat di masjid muhammadi kota bharu..

Hari jumaat yg hening.. seakan turut sama merasai pemergian ma.. waktu ma dikebumikan cuaca redup.. mata hari seakan tidak mahu menunjukkan muka.. selesai tanah dikambus.. matahari pun mula naik.. dan bersinar semula..

Perginya ma di bulan penuh barakah.. menjadi pengubat kesedihan kami sekeluarga.. Abi kata sewaktu mengucup tubuh kaku ma.. "Kita jumpa pula nnti ma" Mudah2an rahmat Allah akan menghimpunkan kami semua semula nnti.. di kalangan org2 soleh dan solehah.. aamiiin..

Alfaatihah..

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Adie, takziah kami ucapkan pada Adie sekeluarga. Tersentuh hati baca entry ni, bertuah ibu mertua Adie meninggal di bulan mulia dan keadaan yg baik, tak tau nasib kita mcm mana nnt :( Smg roh beliau dicucuri rahmat, AlFaatihah..

Unknown berkata...

Salam, terima kasih liya.. ya.. mudah2an beliau terpilih untuk bersama golongan muqarrabin...

Kita ni.. xtahu mcm mana pula nasib.. smg kesempatan yg masih berbaki, kita dapat isi kan dengan amalan yg baik.. dan meninggalkan dunia fana' ini dalam keadaan husnul khaatimah. Aamiin

pu3qute berkata...

Takziah buat keluarga Adie. Pemergiannya di bulan yang mulia ini.Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan disisi org2 beriman.

Emi Mesir berkata...

takziah buat kak dila sekeluarga..Tenang nye wajah mak mertua kak dila..Insyaallah Dia terpilih dalam golongan ahlul Jannah..Hanya pintu syurga yg terbuka dlm bulan ni kak..Moga kita juga terpilih untuk kembali kepada Allah sebg wanita yang beriman yang solehah..ameenn..

mumtazah berkata...

Salam Kak Adi. Takziah...
from mumtazah

Tanpa Nama berkata...

Takziah buat Adila sekeluarga. Perginya tak kembali & tiada galang ganti. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama roh para solihin. Ameen.

- Sabli, KKB

Isma berkata...

Takziah utk Adie sekeluarga..
Moga-moga kita semua dipermudahkan di dunia dan diberi penyudahan yg baik nanti.

Unknown berkata...

Terima kasih semua atas doa kalian..

Kita yg tinggal ini, msh diberi ruang dan peluang untuk memperbaiki diri.

Mengingati kematian salah satu jln terbaik untuk menginsafi segalanya.. Bila lihat tubuh kaku ma.. mcm xpercaya perjalanan nya di dunia ini telah berakhir.. dan yg tinggal hanyalah masa untuk menghadap Allah bersama2 amalan2 baik dan buruk.

Semoga berbahagian di sana.. aamiin