Rabu, September 16, 2009

Dimanakah letaknya erti kemenangan...


Fastabiqulkhairaat....(klik untuk lebih jelas)

Alhamdulillah ala kulli haal...

Semua org tgh sibuk2 dengan raya minggu depan.. kat ofis pun bising (sesetengah lagu.. sakit tinge kawan2;)) pasang lagu2 raya, buat rancangan sampaikan aidilfitri... sejak minggu lepas lagi, menandakan gembiranya kebanyakan org nak meninggalkan ramadhan dan nak melangkah ke bulan syawal. Seingat sy, sambutan nak menyambut ramadhan tempoh hari, xsehebat sambutan ini.. rumah2 penuh cahaya dan ceria.. segala mcm persiapan dilakukan. Dr hujung kaki sampai hujung rambut.. dr hujung pintu depan rumah, sampai ke hujung pintu dapur... kerana shopping ry, aku terlepas merebut 10 mlm yg terakhir.... aku terlepas merebut mlm2 yg kemungkinannya lailatul qadr...sama2 muhasabah..sy pun sama.. sibuk dgn duniawi..:(. Tahun depan belum tentu jumpa lagi.......................................

Terasa indah zaman2 muda yg pernah dilalui.. bermula zaman sekolah hingga zaman di universiti.. biasanya sy akan khatam quran sendiri dan juga khatam quran bersama group tadarus.. bila baca quran, rs seakan xmahu berhenti.. sampai dah benar2 penat.. dan benar2 kering tekak.. kalau boleh bulan ramadhan.. hanya nak duduk di masjid @ surau.. menumpukan benar2 ibadah.. yg sy yakin, ganjarannya berganda2 pada bulan yg mulia ini.. sy benar2 rindukan zaman itu. Skrg semacam ada satu kekangan untuk melakukan itu semua...& yg sy rasakan.. kekangan itu ialah.. SIKAP! Istiqamah lah dan berubahlah....

Andai ramadhan ini berakhir dan tidak ada apa2 perubahan positif pd ibadah dan sifat kehambahan maka xtercapailah maksud kemenangan dan ketaqwaan yg dimaksudkan dalam firman Allah ini:

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"
(Al-baqarah:183)

Dua nasyid kesukaan sy yg layak untuk dimuhasabah bersama
Rintihan Ramadhan


Tuhan, telah sering ku terdengar
Tentang Kebesaran Bulan Ramadhan
Di dalam al-Quran dan sabda Junjungan
Hanya aku yang sering melupakannya

Di bulan yang mulia ini
Laut pengampunan Mu tiada bertepi
Rahmat dan nikmat Mu tiada terbilang
Syurga terbuka seluasnya

Tuhan ku sedari kelemahan diri ini
Yang tidak istiqamah dalam beribadah
Ramadhan berlalu ibadah pun berkurangan
Begitulah diriku yang sering kelalaian

Semoga Ramadhan kali ini
Dapatku perbaiki kelemahan diri
Akan ku cuba mendidik nafsuku
Agar subur kehambaanku terhadap Mu

Lailatul qadar pasti menjelma
Buat mereka yang menunggunya
Para malaikat merendahkan sayapnya
Meratakan rezeki untuk semua

Bimbinglah aku menuju jalan Mu
Tingkatkan iman dan ketaqwaan ku
Agar baktiku tetap pada Mu
Biarpun Ramadhan telah berlalu

Ramadhan 2 zaman



Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza
Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berjasa di awal zaman
Ramadhan kami malang terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman


Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergianmu
Malam mereka meriah disimbah nur al-Qur’an
Tapi malam kami muram berkabung dengkur


Mereka berlumba mengejar ma’rifah
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap taqwa
Jiwa kami gelap didera dosa


Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan Ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga

Tiada ulasan: