rs xbest pulak xdpt menulis 3 hr ni.. apakan daya masa x mengizinkan.. byk sgt urusan duniawi.. sibuk nak raya kut??
Sedikit ayat Allah untuk sama2 direnungi dan diinsafi.. Siapakah ibaadurrahman itu?
Sedikit ayat Allah untuk sama2 direnungi dan diinsafi.. Siapakah ibaadurrahman itu?
Surah Al-Furqan (63-77)
Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini; (63) Dan mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri, (64) Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab Neraka Jahanam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan. (65) Sesungguhnya Neraka Jahanam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk; (66) Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. (67) Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak) dan tidak pula berzina dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya; (68) Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat dan dia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan; (69) Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (70) Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) dia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat; (71) Dan mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya. (72) Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta. (73) Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (74) Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya, (75) Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal. (76) Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa ibadat kamu kepadaNya; (apabila kamu telah mengetahui bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak menghargai seseorang pun melainkan kerana doa ibadatnya) maka sesungguhnya kamu telahpun menyalahi (ketetapan Tuhanku itu); dengan yang demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu. (77)
*******************************
Sabtu ahad isnin, berlalu dengan begitu laju. xsempat mengemas rumah pun.. huhu. Minggu depan raya.. pesan kat org yg akan beraya ke rumah.. tutup je lah mata kalau nampak abuk sana sini.. Aku nggak sempat dong... esok start kije, male kawe tumbe pense.. hehe.. kalu duo2 tumbe pense.. guano nok kemas ghumoh..
alhamdulillah hr sabtu kelmarin selesai lah sudah tadarus al-quran peringkat masjid BS. Majlis khatam kami buat serba sederhana. setiap peserta di beri segulung sijil dan sehelai kain pasang untuk buat baju kurung.. sbg tanda ingatan dan kenangan, mudah2an menjadi galakan yg baik untuk turut serta lagi thn depan.. dan yg paling penting.. sama2 saling mengingati bhw sanya membaca alquran dan tadabbur isi2nya bukan lah hanya pada bulan ramadhan.. tp 11 bulan yg lainnya juga... kelaianannya pd majlis khatam tahun ni, ada diselitkan sesi tazkirah selama lebih kurg sejam.. bagus! sy suka kerana jrg sblm2 ni buat begitu. inilah salah satu kesempatan yg harus digunakan sebaiknya.
hr ahad ada penyerahan sumbangan hari raya kepada faqir miskin dan yg memerlukan di m*rk*z. xda apa sgt pun yg dpt dibantu.. menunjuk muka tanda memberi semangat fastabiqulkahirat.. sambil menggendong tasneem. hehe.. xpelah, abi dan muhammad tolong angkat2 brg.. ummi bg semangat jah..tunggu tasneem besar sikit lagi, ummi dan tasneem join sekali tolong;) . 52 org yg memerlukan tersenarai untuk menerima sumbangan tahun ni. brg2 sumbangan termasuklah barang2 harian, makanan, bj dan sebagainya. alhamdulillah mungkin bg kita yg xbegitu memerlukan, ianya xseberapa. tp bg mereka.. ini sgt bermakna untuk mereka...
isnin sy dan abi mohon cuti. kami ke kl td .. huhu.. ramai jugak org.. pening kpl .. abi ajak ke gaya warisan. sambil2 tu tgk2 lah juga baju untuk tasneem dan muhammad sekadarnya. alhamdulillah..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan