Selasa, September 29, 2009

Senyumlah


Gambar ma dan abah sewaktu ke Oita.. kampung abi di jepun.

Alhamdulillah ala kulli haal..

Sy cek2 semula email2 lama.. gambar ini abi hntr pd 16/3/2006. Kali pertama sewaktu nak kenalkan ma dan abah kepada sy. Akhirnya kami bertemu pd Family Day IPIJ 2006 di port dickson sekitar bulan 5, 2006.. Alhamdulillah ma dan abah sgt positif dgn perancangan kami (untuk mendirikan rumahtangga).. Rupanya menurut abah, itu lah kali pertama abi memberitahu tentang sy kepada abah dan ma.. percubaan berani abi memberitahu kepada ma dan abah tentang sy di dalam kereta sms perjalanan ke PD itu..

Masih sy ingat, ma bekalkan sy dengan buah tangan untuk dibawa pulang ke klang.. mcm2; biskut2 .. ada 2 plastik yg dibungkus waktu itu. Alhamdulillah Allah memudahkan urusan kami slps itu.. rupanya mudah shj jika Allah sudah buka kan jalannya dan sudah sampai masanya.. Seminggu kemudian rombongan abi sekeluarga dtg merisik... tanpa majlis pertunangan, 3 bulan kemudian pd 20/8/2006 kami diijabqabulkan dlm majlis yg serba sederhana.. Alhamdulillah syukur yg tidak terhingga.

Pemergian ma.. sempat melihat anak bongsu (abi) nya diijabqabulkan.. Menurut dr, Allah bg extra 2 thn untuk ma.. Sbb kebiasaannya maksimum bg pengidap kanser 5thn shj.. slps operation thn 2002, ma menjalani kemoterapi beberapa kali.. tp sy kagum .. sepanjang sy mengenali ma, ma mmg tidak pernah sy dgr mengeluh dgn kesakitannya.. Batuknya mmg xpernah hilang.. terngiang2 lagi di telinga.. Bibirnya mmg tidak pernah lekang dengan zikrullah.. waktu di dalam kereta.. waktu cucu menagis.. mmg zikrullah yg sering meniti dibibirnya... Kata abah.."Abah redha dgn pemergian ma.. mmg ma dr zaman muda lagi mmg cukup baik.. cukup solehah.. abah jumpa ma dlm mimpi sbnyk 3 kali sblm masuk meminang dia" Sayu mendengar rintihan hati abah.. kami tahu, sesedih mana pun kami, tidak akan menyamai kesedihan abah yg telah 52 thn bersama mengharungi hidup dgn ma...

Kata abah lagi..3 perkara yg tidak boleh dilambat2kan.. org meninggal, segerakan pengkebumiaannya, anak nak kahwin, segerakan majlisnya jika sudah elok pilihannya, org puasa.. segerakan buka puasanya jika telah masuk waktu..

Byk yg perlu sy insafi!

2 ulasan:

liyafendi berkata...

Huhu, insaf!

Mudahnya Adie kawen! Kalau Tasmim bgtahu awal2 lagi kat parents dia mesti dah lama Adie kawen kan, agaknya dah 4,5 org anak skrg ni kot?;)))

Ummu Muhammad Tasneem berkata...

kita hanya merancang :). Allah lah sebaik2 perancang dan sebaik2 penentu kepada semua rancangan kita..

Mmg la.. kalau boleh sy gunakan kalau2 tu... huhu.. tp xmungkin... Apapun alhamdulillah liya.. dah selesai dah tang situ..;)