Khamis, Oktober 01, 2009

Ringan @ berat.. bergeraklah...

Alhamdulillah ala kulli haal...

Hari ini sy masuk ofis lewat dah hampir ke jam 11.30.. pegi klinik sbb sakit perut sejak smlm. Masuk angin mungkin... Mulanya ingat nak mc, tp seganlah pulak nak berterus terang dengan encik dr tu.. dah dia xoffer mc, sy pun xlah minta.. mm.. adus.. melangkah malas menuju ke kereta dan terus ke ofis slps ambil ubat bersama abi... Sakit perut biasa sj.. xdelah sampai xmampu bgn.. cumanya bercinta rs nak meluncurkan kereta sejauh 70 km ke ofis.. ala kulli haal.. alhamdulillah sy sudah sampai dgn selamatnya.... ...

sejak bersalin dulu, mmg bdn senang sgt disinggahi angin. Sebetulnya kalau biasa2, sy xterasa skit perut @ apa kalau tidak diurut... bila dah ditekan2 br rs berbuku.. baru lah tahu tubuh ni penuh dihinggapi angin..smlm tu mungkin dah over hadnya kut sehingga sy terasa yg ianya bersarang dlm perut ni.. Teringat lawak jenaka mak bidan berunsur nasihat masa berurut slps bersalin dulu.. "Engkau ni mcm kilang angin, tekan sana angin, tekan sini angin.. jgn biau je.. nnti kalau dia dah berkumpul susah" Waktu mengurut tasneem juga, mak bidan kata.. tasneem ni pun ikut maknye.. angin byk... Tp alhamdulillah nampaknya tasneem jrg kembung perut skrg; ms dlm pantang rajin bekas bibik sy dulu menampalkan daun mengkudu yg dilayur atas api ke perut tasneem. Alhamdulillah sgt mujarab!

Sampai diofis, shbt2 seofis sdg rancakbermeting mengenai jamuan ry bhgn.. hehe, dah abis posa 6 belom.. sy pun belom (setart).. insha-Allah sesamalah kita kejar fadhilatnya.. sementara berbaki lagi 18 hr nih. Buat secara jemaah, insha-Allah lebih bersemangat...

mmg rutin, ofis kami meriah.. maklumlah di bahagian TM ni, ramai yg seangkatan muda.. otak pun muda belia katanya.. jd selalu thinks out of the box.. hehe...xpelah.. janji kerja jalan dan xlagho melampau.. xslh bergurau andai tahu batasan.. ingatkan sy juga, jika sy terkeluar dr kotak sgt2..;)

Teringat gurau senda rasulullah dgn saidatina aisyah.. waktu bersama2 makan kurma. Rasulullah usik aisyah...lebih kurg begini...."Sayang, kuatnya mkn.. berapa biji kurma dah tuh" Aisyah yg terkenal dengan cerdiknya menjawab.. "Abg mkn lagi byk.. sampai biji2 nya pun abg makan" Ini kerana setiap kurma yg dimakan rasulullah, biji nya diletakkan dibahagian biji kurma yg telah di makan aisyah..

Boleh gunakan gurauan ini untuk bergurau dengan pasangan..

"Sayang, kuatnya mkn satay.. berapa batang dah tuh"

Tgk mcm mana respon pasangan kita tuh.. sama ada dia cerdik mcm aisyah @ tak (@ dia pernah baca sirah rasulullah ni @ pun x).. kalau dia cerdik.. dia akan jwb seperti berikut:

"Abg lagi kuat mkn, dengan batang2 nya sekali abg telan.. heheh"

******************

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (9:41)

Ayat2 Allah selalu menjadi penawar di kala suka @ duka..... Mudah2an kita sentiasa memelihara yg wajib dan sentiasa bersemangat untuk melakukan yg sunat. Kalau kita renungi ayat Allah di atas, Allah seakan2 sedang memberi motivasi kepada kita berkenaan  segala tanggungjawab yg ditaklifkan kepada kita. Xkiralah waktu kita senang @ pun susah.... dlm keadaan apa juapun ayat-ayat Allah sentiasa relevan.. bukan hanya waktu pergi berjihad di medan perang..

Peringatan untuk diri sy terutamanya dan kawan2 umumnya. perkara wajib, spt solat.. hanya boleh tertinggal jika terlupa @ tertidur @ terhilang akal.. xde istilah qadha' solat sebetulnya. Jika kita musafir, kita diberi keringanan untuk jama' (himpun) dan qasar(pendek).. jika kita dlm keadaan terpaksa spt seorg doktor yg sedang melakukan proses pembedahan, dia boleh menjama'kan solatnya.. bukan mengqadha'kan solatnya.. Jika kita dlm keadaan lemah sekalipun, peliharalah solat wajib kita.. waktu semangat sedang naik menggunakan, lakukan lah yg sunat juga dengan sebaik mungkin..



Tiada ulasan: