Jumaat, September 04, 2009

Si jahil bila bercakap lebih2 akan terserlah kejahilannya..

Alhamdulillah ala kulli haal...

Maklumat di bawah sy copy drpd email. Sy rs sy jahil dan xpernah diberi pendedahan ttg perkara ni oleh p*merin*ah sbb itu tanggungjawab mereka.. Tp saya yakin, hukum Islam Allah yg cipta.. hukum yg paling adil.. Sy betul2 geram dgn ucapan2 org yg jahil tp berlagak bodoh dan sombong.. ikut suka dia je.. maka terserlah lah kebodohannya apabila si jahil bercakap benda yg dia tidak tahu..

Mm, kita pun sama juga..kdg2 terlepas; ckp terlepas memberi pandangan.. Dan contoh dalam kes ini ia melibatkan hukum Allah perkara yg jelas dan besar. Kalau salah ckp boleh melibatkan aqidah. Aqidah boleh terpesong! Sama2 istighfar.. mgkin kita salah seorg drnya..


SEBAT CARA ISLAM
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.

SEBAT CARA SIVIL
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.

Tiada ulasan: