Alhamdulillah ala kulli haal..
Waktu menulis ini, sy masih lagi dalam mood membiasakan diri dengan komputer baru. Pening juga.. application2 nya aplication baru.. yg lama semua dah xada... dan perlu di install semula.. ada yg boleh diinstall dan ada pula yg xboleh..mcm2.. tp bagus juga.. dalam perjalanan untuk completekan semuanya, byk benda baru yg boleh dipelajari. Cuma yg rs letih sikit, bila masa byk terhabis disitu.. letih2... xapa..
Pg2 lagi sy menerima email dr ketua bahagian. Berkenaan ancaman kepada laman web jabatan. Adei.. mmg dah agak dah akan dpt warning. Mmg sejak kebelakangan ni byk email pelik2 yg diregister ke laman web. Dalam masa sehari kadang2 berlambak2 email notification, tp bila server hntr auto reply semuanya reject menandakan email yg diregister tu mmg xwujud. Huhu, kena ambil langkah berjaga2 sebelum berlaku sesuatu yg xdiingini. Sy masih mencuba.. Apasal la sejak kblkngn ni asyik 'gagal' je di ofis.. Ada yg xkena ni... Kena koreksi diri..
Sudah 11 hari ramadhan berlalu.. mengenangkan yg lepas, xkan dapat kembali semula ke kesempatan itu. Yg boleh hanya berhadapan dgn hari mendatang dan berazam untuk memperbaiki diri. Masih 19 hari berbaki untuk terus dan terus mencari cinta Ilahi, mencari dan terus mencari siapakah sebenarnya diri ini.. Sy terbaca balik koleksi2 lama yg saya ambil drpd website ust hasrizal yang bertajuk Serikandi Mujahidah Di teratak Sayyid Kutub. Di sebalik lahirnya seorang peribadi yg hebat, terdapat seorang wanita yang hebat. Bagaimana ibu kepada Almarhum Sayyid Qutb mendidik jiwanya dengan al-Quran sejak drpd kecil. Sebelum seseorg peribadi hebat dilahirkan, ibu dan ayahnya perlu ditarbiyah terlebih dahulu @ dalam erti kata lain.. peribadi yg hebat hanya boleh di lahirkan oleh peribadi yg cuba bersungguh2 untuk menjadikan dirinya hebat di mata Allah. Mampukah aku? ……… Nak meraih syurga Allah bukannya mudah mcm petik jari… xdpt jika tidak usaha.. tp semuanya dengan rahmatNya jua. Semoga kita semua terpilih.. aamiiin.
########
Seronok rsnya smlm dpt menunaikan permintaan abi. Dr hr Isnin lagi abi teringin nak mkn rendang. Serius sy xpernah buat.. huhu. Tp bila abi order, buat2 pandai je.. mmg smgt nak buat, tp keletihan mengatasi segalanya… Cuma jam 4pg td, waktu anak2 dan abi masih tidur.. akhirnya sy berjaya jua! Serius sy gembira! Huhu, tu la kegembiraan bg seorg yg xpandai masak.. bila hamper berjaya (sbb xlah sedap sgt, tp rs rendang) seronok yg amat! Abi kata, ok.. ok.. sikit je lagi.. hehe, mgkin sbb kurg garam.. baki yg ada tu mungkin boleh ‘alter’ balik nnti.
Abi br sj mesej, ada forum ramadhan dekat kilang hr ni, jd diminta sy jemput di kilang. Kalau sempat, boleh sy ikut serta, tp mungkin waktu sampai dah nak habis.. sekitar jam 7.00 mlm dan jam 7.30 dah nak berbuka. Mana yg sempat sj, insha-Allah. Yg pastinya kena ke kilang hr ni, jgn lupa.. Kdg2 waktu balik tu biasalah melayan fikiran seharian bekerja sambil dengar radio… benda2 mcm tu pun boleh lupa. Huhu, byk mkn semut ni kut!
2 ulasan:
yea2 dapat pc baru..
Yeye... 500GB nak buat apa haa... ha ha ha
Catat Ulasan