Jumaat, Oktober 02, 2009

Adil ke macam tu??? Oh tidakk...


Alhamdulillah ala kulli haal..

Nampaknya sakit perut smlm dah semakin pulih. Smlm sy cuba guna kaedah mcm berpantang semula.. sapu minyak pati halia dan cuba berbengkung semula sehingga ke pagi hari... tgh hari ni sy cuba mengisi perut yg kosong sejak smlm.. xberani nak isi nasik sjk sarapan pagi smlm.. hanya mkn roti dan minum susu sekadarnya untuk alas perut.... Kifarah dosa yg menimbun agaknya ni.. fikir sy!
Senyum semewek!!

Waktu baring2 smlm, muhammad yg sedang duduk bermain, dtg dekat kepada sy, "Ummi, kenapa.. sakit perut ke" Perlahan sj susunan kata2 nya ... muhammad masih lagi belajar2 membuat sambungan2 ayat... kdg2 terasa comelnya tgk budak2 baru nak belajar cakap.. sy pun ms kecik mesti comel mcm ni jugak masa nak bercakap.. ahaks! Sejuk rs hati, hilang rs sakit skjp bila anak kecil bertanya begitu.. dia sudah tahu takut dan sedih jika ibunya @ ayahnya sakit... sedih bila mengenangkan anak kecil yg baru belajar untuk mengenal dunia, ditinggal ibu @ bapanya buat selama2nya... ms ni mrk mahukan belaian dan kasih syg... dan kasih sayang ibu dan ayah pasti xakan disamai oleh kasih syg org lain... Tp Allah lebih layak menentukan... Rasulullah dulu pun sejak dlm kandungan lagi dah ditinggal ayah. Umurnya masih kanak2 lagi sudah ditinggal ibu.. menumpang kasih pada datuknya juga tidak lama.. datuknya juga pergi meninggalkannya slm2 nya... itu cara Allah mentarbiyah baginda.. subhanallah.. tarbiyah itu lah yg melahirkan peribadi maha hebat!

Waktu ambil tasneem dan muhammad smlm, kak misah bgtahu:

"Hari ni akak blender nasi campur daging dgn kentang, suka tasneem makan dila. Minum susu pun botol kecik dah xcukup ni dila"

"Patutlah tersengih je ni... kenyang.. hehe.. Mmg pun kak, botol kecik habis je.. marah je dia xcukup" sambut sy.



Tasneem dah belajar mkn kaki ni.. hehe


Minggu depan 7/10/2009, tasneem masuk 7 bulan. Alhamdulillah ala kulli hal... skjp dan rs mcm sekelip mata semuanya berlalu... sikit lagi, sama besarlah badan dua org tu..... xsabar nak tgk tasneem mula bertatih dgn baju kurung dan dipakai kan tudung.. mcm tu lah kalau dapat anak perempuan; mcm anak patung diperlakukan.. pakai tudung, pakai sepit rambut.. pakai reben.. huhu, kalau anak lelaki fesyen baju semua hampir sama. jd xbegitu ada rasa untuk menggayakan itu dan ini;).. sian kat muhammad... hehe.. Adil dlm Islam bukan mcm yg persamaan gender yg diperjuangkan oleh SIS. Adil kpd anak lelaki dan anak perempuan, bukan bermaksud kalau anak perempuan kita pakaikan tudung, anak lelaki pun kena ikut dipakaikan tudung.. itu bukan adil namanya, itu b*d*h namanya.... adil kena pd tempatnya. Org lelaki boleh jatuhkan talak.. dia pun duk sibuk plk nak jatuhkan talak jugek.. tak paham2 xpaham... Allah yg lebih layak membuat hukum sbb dia meciptakan manusia!

Sikit gambar masa jalinan mesra ipij 09:-


Abi dan muhammad terbang! Flying fox!


Muhammad dan adik fateh.. kawan baru.. anak alumni juga.. kouhai kami "ajak" dan "fadh"

Tiada ulasan: