Jumaat, November 13, 2009

Saya nak cepat, sy bukan nak lumba..

Alhamdulillah ala kulli haal..

Promo sikit program masjid as-salam hari ahad ni:


 
Jemputlah beramai2 terutamanya bg yg duduk di kawasan berhampiran.. sebagai bekalan ilmu pengetahuan. Sekurang2nya jika ada kematian di dalam ahli keluarga kita, kita menjadi salah seorg yg menyinsing lengan. Bukan hanya menjadi pemerhati. Aamiiin, insha-Allah..

Cepat sj sudah hari jumaat.. ye ye.. mlm ni, mlm akhir abi kerja mlm, minggu depan masuk kerja siang pula. Alhamdulillah. Tidaklah terkejar2 bila tiba waktu nak solat maghrib dan solat subuh... Salah satu yg menjadi kerisauan sy, bila tinggal mengurus anak2 seorg diri di rumah. Kalau ditinggalkan anak2 berduaan ok ke tidak. Waktu maghrib, masanya sgt singkat.. nak ditidurkan dulu, takut terlewat untuk solat.. waktu itu waktu kritikal bg tasneem terutamanya; bila matahari menyorokkan diri shj, dia mula menggaru2 kepalanya tanda mahu dibelai dan mahu dikepit di celah ***iak.... Waktu itulah dia mempamerkan kemanjaannya.. menggolek2kan diri di perut apabila sy berbaring.. Muhammad juga mula lah angin bila melihat adiknya dimanjakan lebih.. jadi, sebelah tangan untuk tasneem, dan yg sebelah lagi khas untuk muhammad. Adil! Kalau seorang di rumah, kadang2 memang sy terpaksa biarkan lah sebentar.. tasneem menjerit mohon simpati.. dan sy pesan kepada muhammad, jg adik, dan jgn buli adik.. nnti ummi cu*it:D. Kadang2 dia fhm, dan kadang2 dia tetap membuli adiknya; memakaikan tudung lah, memakaikan songkok lah.. dan pelbagai cara lagi dia menunjukkan senioritinya...



Dan pada waktu pagi juga sama.. seperti biasa, jika awal tasneem bangun, maka awal jugalah sy akan bangun.. Pagi ini seawal jam 5 pg.. Dah segar matanya, dia akan ajak bermain... diguling2kan badannya dan meraba2 muka saya.. hehe, mcm mana ummi nak tidur lagi stgh jam?? Sudahlah ummi, bangun! Qiyamullail.. katanya di dalam hati.. Pandai dah.. bila sy buka sj lampu.. dia tersenyum sambil matanya terkebil2.. eloklah dia bermain.. senyaplah mulutnya yg sedari tadi bising dek kerana tiada siapa yg menemankan dia bermain.. Muhammad yg masih tidur juga, kemudiannya terjaga bila lampu dipasang.

"Ummi nak susu.." pinta muhammad.

Sy pun turun ke bawah untuk buatkan keduanya susu. Sy pesan kepada muhammad lagi:

"Muhammad jaga adik ye, ummi buat susu..."



Tasneem yg sudah satu mlm saya upah dengan susu badan.. juga sy sediakan susu seperti abgnya. dengan harapan.. boleh lah sy mandi dengan tenang kalau keduanya dah kenyang. Naik ke atas, sy tunggu keduannya minum.. kemudian setelah siap keduanya minum, sy pesan lagi kepada muhammad:

"Abg jgn kacau adik ye, jg adik, ummi mandi jap" sy menaruh kepercayaan kepada muhammad untuk menjaga  tasneem yg juga sudah kenyang... Alhamdulillah semuanya berjalan lancar pagi ini, sementara menunggu abi pulang sekitar jam 7.00 pg.. abi sampai, anak2 terus dihantar ke rumah kak misah.. dan kami singgah di restoran mamak untuk sarapan pagi bersama. Huhu, singkatnya masa.. kemudian sy terus meluncurkan kereta ke ofis .. mengejar punch kad jam 8.30.. bertolak jam 745 dr rumah, kalau jalan tiada kereta..tiada lori.. smptlah dikejarkan.. tp pagi ini; sy berapa sempat.... jam 8.32 sy sampai!

Kdg2 sy terfikir untuk menggantungkan sticker di kereta sy "SAYA NAK CEPAT, SY BUKAN NAK LUMBA".. dlm perjalanan, mmg byk perkara menguji kesabaran. Sabar sj kuncinya... kdg2 kereta di depan terlampau lambat.. kalau pakcik yg sudah tua, konsider lg.. tp kalau org muda yg sedang main dgn  telefon, atau merokok ala2 duduk di tepi pantai...  mmg **ngin juga dibuatnya. Kdg2 kereta belakang terlampau laju, sampai xsempat nak diberi laluan @ mmg keadaan tidak begitu mengizinkan untuknya memotong, buat kita cemas plk.. cucuk2 dr belakang huh! Lagi lah kalau dilihatnya yg memandu itu kecil/pendek; xnampak kepala... ada pulak waktunya, dek  kerana kereta hadapan  terlampau lambat, dan cuba untuk memotong.... mula lah di press pedal minyaknya..seolah2 tidak benarkan kita mendahuluinya.. ini pun sama jugak.. kalau ditengoknya yg nak memotong tu kepala pun nampak xnampak.. cepat sj dia nak ajak berlumba.. Tu la.. kalau boleh, sy nak tampal stiker tu depan dan belakang kereta sy, "SAYA NAK CEPAT, SY BUKAN NAK LUMBA".. duduk di atas kereta, hanya zikrullah yg menjadi peneman.. mujur dah ada radio ikim (promote sikit).. nak marah pun kdg2, bila terdengar zikir dan tazkirah, sejuk balik rs hati..

Berita yg mengusik jiwa sy hari ini.. semoga Allah membalas tangan2 laknat dengan balasan yg sebaik2nya.. aamin

Dan mesti baca perbahasan ini...satukupasan yg baik!

Tiada ulasan: