Bbrp hari lepas seorg shbt baik sy semasa di UM menghantar mesej; selamat melahirkan bayi pertamanya. Alhamdulillah, urusan dipermudahkan sbb beberapa minggu lepas dia menghantar mesej mohon shbt2 doakan sbb dr suspect iugr. Fetus terlalu kecil walaupun dah 33 minggu. Alhamdulillah akhirnya huda slmt melahirkan bayi lelaki seberat 2.1 kg. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.... mesti hati sedang berbunga2 setelah lama menunggu permata hati bbrp tahun..
Byk kenangan sbnrnya antara sy, huda, dan adik-beradik se um dulu.. hanya masa yg belum mengizinkan untuk sy menulis satu persatu drpdnya.. mkn bersama, tidur sebantal, tamrin bersama, 'kenduri' bersama..susah, senang, sedih, gembira.. byk yg dikongsi bersama.. byk yg sy belajar drpd ukhuwah itu.. mcm2 pengorbanan yg dilakukan atas dasar ukhuwah itu...disitu kami belajar mengenai konsep itsar dalam ukhuwah dan sy benar2 'terasa'.. mmg ada dikalangan shbt2 yg dapat menjiwai konsep itsar tersebut..
Imam Syahid Hasan Al Banna mengatakan Ukhuwah sebagai berikut:
"Yang saya maksud dengan ukhuwah adalah terikatnya hati dan ruhani dengan ikatan aqidah.Aqidah adalah sekokoh-kokohnya dan semulia-mulianya ikatan. Ukhuwah adalah saudaranya keimanan sedangkan perpecahan adalah saudaranya kekufuran. Kekuatan yang pertama adalah kekuatan persatuan. Tidak ada persatuan tanpa cinta kasih. Standar minimal cinta kasih adalah kelapangan dada dan standar maksimal adalah itsar (mementingkan orang lain dari diri sendiri)."
Dipetik dr: Arkanul bai'ah dalam bingkai jihad siyasiKalaulah ukhuwah itu kukuhnya begini, pasti..... ??
##################
Ada satu perbualan yg sy kira lucu antara saya dan huda yg saya masih ingat sehingga hari ini... beberapa tahun dulu, waktu sy di jepun dan huda di malaysia kami sering bertukar khabar lewat YM. Suatu hari, sewaktu mengakhiri perbualan kami, sy pun menulis kepada huda yg waktu itu belum juga berkahwin:
"Ok huda, take care.. nnti sembang lagi"
Huda balas..
"Iii, gelilah adi; take care tu husband sy je yg boleh ckp tau"
Saya hanya menghantarkan huda dengan mesej ini:
":P"
dan baru2 ini sewaktu bertanya khabar lewat YM juga, sy teringat untuk menghantar mesej gurauan kepadanya
"Huda, husband huda ada ckp take care tak dengan huda skrg? hehe, dulu xbg sy ckp take care kat huda"
Huda menjawab:
"Husband sy xckp org putih la, hehe"
dan sekali lagi sy hantarkan mesej ini ":P" kepadanya...
#####################
Baguslah jika semua yg bergelar muslimah boleh menjaga maruahnya seperti itu (terutamanya bg yg bukan mahram). Jgn mudah di panggil syg @ memanggil syg kepada yg bukan mahram. Maruah diri seorg wanita sgt tinggi di sisi Islam. Hanya malumu sj yg mampu menjaga maruahmu itu. Jika hilang malu, maka sedikit demi sedikit akan hilanglah segalanya....
Sedih melihat generasi muslimat hr ini....:(
--
http://adiemad.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan