Selasa, Disember 08, 2009

Tarbiyah itu di dasari ukhuwah...

Alhamdulillah ala kulli haal...

Mencari mood bekerja di hari isnin.. Huhu.. pagi2 masuk ke ofis.. ofis lengang xberapa berorang. Ramai yg ada urusan di luar mungkin. Beberapa org shbt juga berkursus... dan seperti biasa jugalah.. musim2 cuti sekolah, hujung2 tahun begini.. ramai yg sudah mula menghabiskan cuti untuk bersama anak2 dan keluarga di rumah. Saya? Cuti sudah abis.. makanya aku masih di sini:D.. Tugasan juga masih banyak.. ada beberapa perkara yg perlu diselesaikan sebelum hujung tahun. Tp mood.. mood .. mood.. :) bila tiada org ni, mula lah semangat pun menurun... sekitar jam 10 masuk meting penilaian sebutharga.. yg pertama kali juga sy ikut serta.. cuma ada 4 org ahli mesyuarat.. Cukup2 korum untuk mesyuarat diteruskan. Ye lah, kalau ditangguh..esok2 belum tentu ramai juga yg dapat hadir. Maka diteruskan juga.. alhamdulillah ada pengalaman baru yang sy dapat hari ini.


Dalam kereta on da way balik lg sudah lena!

Sabtu dan ahad smlm... kami sekeluarga meraikan sepupu sy yang melangsungkan perkahwinannya di Kuang. Hari sabtu ke akad nikah, dan ahad pula ke majlis walimahnya. Anak2 seronok bukan main. Muhammad yang lengkap berbaju melayu sibuk bercakap.."Selamat hari ry..selamat hari ry" berulang2 kali" Tasneem pulak sudah menunjukkan peningkatan pd sifat mahu berkawannya. Sy xtahu sejak bila... tapi hr sabtu itulah baru sy perasan akan perubahannya. Dia sudah mahu bermain dengan org lain! Waktu sy tinggalkan bermain dengan opah dan ayah2 saudaranya, Tasneem nampak steady dan tidak menangis lagi! Kalau tidak jgn harap; baru orang menghulur tangan.. dia sudah berpatah ke saya dan seperti mahu menyorok di bawah ke*iak.. begitulah manjanya anak dara ku..

 Abang muhammad sampai di rumah "pengsan" jugak

Hari sabtu, selepas ke Kuang kami terus ke Cheras untuk melawat kak Na, kakak ipar abi yang baru lepas operation membuang batu di dalam hempedunya. Kak na sudah di rumah, tapi nampaknya masih lagi lemah.. Xcukup rehat mungkin.. Sudah hampir 2 minggu pembedahan dibuat, tp luka masih belum betul2 sembuh. Musim cuti sekolah, anak2 semua di rumah, mgkin lebih sibuknya.. kebetulan pula bibiknya sedang bercuti selama sebulan. Jd memang terpaksa tidak berduduk diamlah... Waktu kak na menunjukkan batu yg di keluarkan doktor, masya Allah alangkah terkejutnya kami.. batu yg hampir sebesar biji guli.. kecil sedikit; 2 biji! Kata kak Na, dr buang hempedunya sbb besar ketulan tu. Jd sekarang makan minum mmg kena betul2 dijaga.. Filter sudah tidak ada! Kata kak na.. bdn mudah sgt rs sejuk waktu ini.. walaupun cuaca biasa2 sj. Kesian kak Na... Petang itu kami pulang, dengan doa, mudah2an cepat sembuh dan dapat menjalani rutin seperti biasa selepas ini.. aamiin.. Itulah nikmat sihat yg tak mungkin dpt dibayar dengan wang ringgit. Semoga kita berusah menggunakannya untuk meningkatkan ibadah kepada Allah...


Saya sudah genki ummi!bangun untuk main semula

Hari Ahad, hampir waktu senja, abi terima call dr seorang shbt lama yg juga shbt satu batch sy di AAJ. Akhi shahreza @ lebih tepatnya adik beradik setarbiyah kami masa di AAJ dan di Jepun. Dia memberitahu dia sudah di KL. Perjumpaan disusun, akhirnya kami bertemu di rawang dan menjemput dia ke rumah. Natsukashi... itulah semangat ukhuwah yg ditunjuk akhi shahreza. Walau pertemuan yang sgt singkat... jam 9.30 mlm bertemu mata di stesen komuter rawang, jam 10 mlm sampai di rumah kami, mkn mee goreng yg bukan juga sy yg masak, cuma di tempah.. dan akhirnya kami hntr akhi shahreza ke stesen komuter semula untuk mengejar train terakhir jam 10.30 mlm.. Singkat! tapi cukuplah buat melepas kerinduan yg terpendam.. Kata akhi shahreza waktu kami ajak untuk bermalam di rumah, "Takpela, ana nak ambil berkat je ni, jumpa sekejap" Semangat akhi shareza dalam menunaikan tuntutan ukhuwah, amat kami kagumi.. Tabik spring... Kami? inilah masa untuk muhasabah diri.... berapa lama sudah tidak menziarahi shbt2 lama... shbt yg sakit, shbt yg walimah, shbt yg dapat baby baru........ aaah.. dimanakah keutamaan itu kami letakkan. Sama2 muhasabah semula bi... byk sudah peraka itu yg kita "lupakan" sedang ukhuwah itulah rahsia kekuatan...

Imam Hasan Al-Banna pernah berkata:
"Berkasih-sayanglah antara kamu sama lain, berusahalah ke arah ikatan sesama kamu. Ia adalah rahsia kekuatanmu, dan tunggak kejayaan kamu. Thabatlah kamu sehingga Allah membuka pintu hati antara kamu terhadap agama yang hak, sesungguhnya Allah Maha Pembuka."

Tiada ulasan: