Selasa, Disember 15, 2009

Teringgal kereta api...

Alhamdulillah ala kulli haal...

Keadaan ofis agak "teruk" hujung2 tahun begini. Bukannya tidak sibuk, kerja berlambak kalau diikutkan. Yg merasa tanggungjawab tugas, dan persoalan akhirat.. kisah. Tp yg tak kisah.. bercakap "Ada aku kisah??" Mu'amalat sesama manusia, lumrahlah.. mcm2 kisahnya.. Sabar saja lah ubatnya. Berani melawan? Kalau kena tempat dan mempertahankan hak.. pendapat peribadi sy.. xapa.. teruskan dan teruskanlah berjuang mempertahankan hak masing2.. "Baik" sgt pun org pijak kepala.. sy sendiri mengomel.. walaupun kdg2 mendengar keluhan shbt2 yg lain.. hakikatnya sy pun sama, sampai masa tak boleh bertahan.. kita pun terlepas jua meluahkan perasaan...

Bg sy, kerja kita, kita wajib buat.. xperlu tunggu disuruh.. kalau terlupa atau sibuk yg amat, lain cerita; dimaafkan dan mudah2an ada yang mengingatkan .. dan buat perlahan2 sampai settle.. dan kita pun berlapang dada untuk menerima ingatan itu. Kalau kita tidak suka2 disuruh2 orang membuat kerjanya, mcm tu lah juga org, tidak suka kita menyuruh2 dia buat kerja kita.. Layan org seperti mana kita suka dilayan. Jgn buat sesuatu kepada org lain, yg kita tidak suka juga diperlakukan begitu.. hiks. Siapa rasa pedas, muhasabahlah diri sendiri.. sy juga sedang cuba memuhasabah diri dengan apa yg saya tulis ini.


Saya keluarkan diri drpd topik ini.. hehe.

Teringat sy satu peristiwa. Waktu itu sy sedang rancak berniaga dan masih belum berkahwin. Sy selalu turun ke Jalan Hang Tuah drpd Klang untuk mendapatkan stok2 barang. Kadang sy pergi seorang diri dan kadang2 sy bw mak, kakak, adik atau kawan untuk meneman.. naik bas, naik komuter, kemudian naik LRT.  Masa tu sy masih belum memiliki lesen kereta. Jd terpaksalah gunakan semua jenis kenderaan awam itu. Bila pikir balik, sy tersenyum sendiri.. kalau sy seorang diri mengangkut stok yg ada masanya agak byk.. sy rs mcm org kampuchea yang mengendong kain. Bila penat menjinjing barang2... sy berhenti mengelap peluh... kalau ikutkan, drpd KL ke Klang tu bukannya jauh sgt. Tp dek kerana turun naik kenderaan awam, kadang2 turun pagi.. lewat petang baru saya sampai semula ke klang.. Bagi sy satu pengalaman manis yg tak dapat dibeli dengan wang ringgit!

Waktu sy mengajak adik bongsu sy menemankan sy, pernah satu pengalam lucu berlaku.. waktu perjalanan balik, transit di Masjid Jamek.. dalam pada sy memimpin2 adik bongsu sy yg waktu itu baru darjah 4.. adik sy tertinggal! Sy selamat menaiki train, tetapi di sebabkan suasana kalutnya ramai org.. sy terlepas tangannya.. sy naik dan dia tertinggal diluar. Byg saje, kalau LRT mmg cepat saje menutup tirai pintunya bial sudah sendat penumpang. Apa lagi, kelam kabut waktu itu, Allah sj yg tahu..

Poksu berbadan ganteng.. jd kadang2 sy pun lupa yg poksu sbnrnya "budak" lagi..:P


Sampai di perhentian seterusnya, sy pun turun semula untuk berpatah balik mengambil adik saya. Tapi bila sampai di situ, adik sy tiada di situ.. aa, sudah mana pulak budak kecik ni. berulang alik saya pergi sehingga ke stesen LRT terakhir. Sy akur, akhirnya sy terpaksa memohon bantuan polis di kotak aduan LRT tersebut. Disebabkan kalutnya sy waktu itu, nama yg sy bg kepada pegawai polis itu pun salah. Nama adik bongsu sy syahrul mubarak.. tp sy memberi nama abgnya, khairil adha.. jd nama khairil adha lah yg di announce kan di setiap stesen....

Waktu sy hampir buntu mengesan adik sy, tiba2 telefon sy berbunyi. "Cik2, cik ada hilang adik nama syahrul mubarak tak? Dia sekarang ada di pondok polis stesen pasar seni".. Ya Allah syukur tak terhingga. Rupanya adik saya ke stesen pasan seni sbb waktu pergi, kami naik drpd situ. Jd diingatnya saya juga ke stesen itu. Sy langsung tak terpikir, sbb sy bercadang balik ingin menggunakan komuter di KL sentral.

Selepas terjumpa adik bongsu sy itu yg sedang agak teresak2 di dalam pondok polis itu, sy ucapkan terima kasih byk kepada pegawai polis. Dalam perjalanan balik, adik saya xlepas memegang erat tangan sy, takut tertinggal lagi kali kedua. Selepas beberapa hari, baru lah kami bercerita kepada mak. Kalau x confirm sy dimarah teruk hari itu. Mujur adik sy pun punya perasaan.. walaupun tahu sy yg salah.. dia tidak mengadu kepada mak.. hehe! Kalau hilang adik syg ku, xtahu lah mcm mana.. sy akan menyesal seumur hidup. Itu lah, bila ada.. kita jrg menghargai. Bila dah xada.. baru lah kita ingat dan menangis.. usah begitu!!

4 ulasan:

mumtazah berkata...

Terima kasih kak kerana berkongsi.

liya berkata...

Wah kowaii nee..kitorg dulu pernah tertinggal beg baju dalam shinkansen..kelam kabut sbb ramai sgt org..itu pun dah risau tak hingat..inikan plak tertinggal adik..huhuhu!

Ummu Muhammad Tasneem berkata...

xdpt di bayang kan .. camana perasaan ms tu.. tp bila pikir sorg2 balik kisah tu...

rahmat berkata...

salam k ila..mcm mn shahrul yg d bw tetiba kerel masuk?hu3..mmg lucu la..thnks berkongsi pnglman..