Masa majlis, ramai "adik-beradik" seUM yg dah lama xjumpa, dapat bersua muka semula.Hiks, mcm2 penampilan... ada yg dengan imej baru.. ada yg tampil dengan "perut".. yg akhawat, sudah pasti mengandunglah.. tp yg ikhwah.. hehe.. tampil dengan perut yg berisi lemak.. afwan! Itu perkara biasa bg ikhwah.. org jepun kata.. "shiawase butori" = gemuk sbb bahagia.;).. Masing2 sudah punya anak.. rata2nya seorang dua. Ada juga yg bawa baby 2 bulan.. begitulah semangatnya masing2 nak melunaskan tuntutan seorang yang bernama shbt.
Betullah.. bila pikir2.. dalam kehidupan seseorg, inilah hari yg paling bersejarah dan paling bahagia dalam titik kehidupannya. Jd, pastinya dia akan rs amat gembira sekiranya kegembiraannya dihari itu diraikan oleh org lain yang turut dijemput terutama kawan2 yg rapat... kalau tidak ada perkara melanggar syariah, yg boleh menjadi alasan untuk kita tidak menghadiri walimatul urus itu, maka hukumnya WAJIB di usahakan untuk menunaikan tuntutan/jemputan itu... Apa yg melanggar syariah tu, bolehlah rujuk semula kepada yg lebih arif... tabarruj? persandingan melampau?
Mula2 ok...
Kami juga cuba berusaha ke arah semangat melunaskan tuntutan ukhuwah itu. Aamiin... Masih sgt lemah dlm menunaikan tuntutan WAJIB itu.. Astaghfirullah, dan mohon ampun pada shbt2 yg telah kami tidak tunaikan tuntutan/jemputannya..
Balik dr Melaka, kami singgah di rumah kohai kami, Mila, di Bukit Mahkota yg baru lebih kurang 3 minggu melahirkan anak kedua. Alhamdulillah bertambah seorang lagi Muhammad:).. Mila bercerita betapa sakitnya melahirkan anak kedua ini. Sebab masa anak pertama dia mengambil epidural; kesan epi, Mila tak berasa sakit yg amat proses bersalin itu.. Sy menambah.. "masa nak dikeluarkan uri tu, rasa tak mcm dia tengah keluarkan perut ayam? hehe".. itulah yang terpaksa dilalui oleh seorang ibu.. semuanya penghapus dosa jika dilalui dengan sabar dan penuh harap kepada Allah... Semoga anak yang dilahirkan dapat dididik menjadi anak-anak yang soleh dan solehah; berbaloi dengan usaha melahirkan yang bukannya mudah. Mudah2an bila besar nnti menjadi penyejuk dan penenang hati ibu ayah yg bersusah payah melahir dan membesarkan.
Lepas tu dah xok.. cik bedah mula rimas dengan jilbabnya.. kena bg biasa nih
Muhammad dan tasneem... spt biasa amat seronok berhari minggu, sabtu dan ahad lepas... Muhammad sewaktu dirumah orang kahwin, kami langsung xboleh lepa.. laju sj dia mengatur langkah.. jiritsu shitai! Mahu berdikari sendiri; pikirnya... ummi dan abi terpaksa berkejar2 dengan muhammad. Abi la terutamanya, ummi dah tak larat.. hehe. Tasneem pun sama.. cuma bezanya, tasneem belum beroleh "kaki".. dah ada "kaki" yang boleh melangkah nnti, ummi xdapat bygkan mcm mana.. Setara ini pun dia sudah tidak mahu duduk diam! Dukung sebentar.. dia sudah mahu berlepas di bawah. Teringat masa muhammad belum berjalan dulu.. ada kalanya bila xlarat.. sy biarkan dia merangkak bebas:P...
“Hak seorang Muslim ke atas seorang Muslim ada lima: Melawatnya ketika sakit, mengiring jenazahnya ke perkuburan, memenuhi jemputan dan mendoakan rahmat (Tasymit) apabila beliau bersin” [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]
--
http://adiemad.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan