Jumaat, Ogos 06, 2010

muhammad afif abqari @ 10hari.

@ 10 hr, afif sudah sama besar ngan abg muhammad ms dilahirkan 3.8kg, subhanallah

Alhamdulillah ala kulli hal.

Dah 10 hari dah usia afif. Kejap je ms bjalan. 10hr, 10bln, 10thn:), ms tu bjalan mkn cepat rsnya.
Gambar ni diambil pg td ms on da way ke klinik. Amik darah afif utk ujian kuning kali kedua. Bacaan hr ni lg tggi dr rabu kemarin:(.. Ahad ni kena buat lg ujian darah. Doakan agar xsmpai ke tahap bhy. Xsmpai hati rsnya tgk baby kene pakai tutup mata dan dijemur bwh lampu.

Bbrp hari ni, ummi tinggal bdua dgn afif dirumah. Waktu siang, abg muhammad dan kak tasneem ke rumah mama. Opah dah blk klang bbrp hr lps sbb ada app doc. Lgipun opah byk urusan nya. Xsmpai hati ummi tgk kelamkabut ke sana ke mari. Jenuh jg ummi meyakinkan,"mak jgnla risau sgt, siang kalau budak2 ke nursery, ila ngan baby je ok, lgpun afif xbyk ragam nampaknya" Ada juga cdg nak bpantg kat umah opah, tp kat sana pak alang tgh repair rumah. Timbg2, rsnya lg selesa kat sini. Lgpun dah kali ke3 bpantg, dah ada pngalaman skt2 sblm, i.allah xada mslh sgt.

Pg2 sementara menunggu afif bgn utk d mandikan, ummi btungku smbil menonton tnyalah ust. Mmg sdp btungku:), lagi2 kalau ada org yg tolong tungkukan. Kadang2 smbil btungku rs lali dan tlelap. Kalau termiss satu hari, terasa benar bezanya. Btungku bagus waktu pagi dan petang, utk cairkan darah kotor. Darah nifas. Kalau darah ni xkeluar, akan jd penyakit. Itu yg org tua pesan dan dr segi perubatannya pun mmg tbukti. Bila btungku, rs darah nifas yg beku tu cair dan keluar. Peluh kotor pun keluar.

Spjg duk bpantang sndiri di rumah ni, umi msk pun simple2 je. Kadang abi tlg mskkan. Msk utk org pantang bkn susah pun. Bhnnya skt je kan:). Bbrp hr ni, umi xmsk kan lada hitam spt hr2 sblmnya sbb ada kwn beritahu, mgkin itu juga pnybb kuning afif. Jd, buat ms ni, umi xletak dulu. Bimbg juga. Keje2 rumah yg sikit2 mcm mesin bj kotor, sidai bj, lipat bj, masih umi buat. Tp bpada2 mudah2an xmudarat pd diri sndiri. Bila rs mcm lama bdiri, duduk, baring dan berehat. Xblh diikut sgt rs nak mengemas mana yg semak waktu ni. Tunggulah dah sht benar nnt.

Skrg umi menyusukan tasneem juga:D.. Alhamdulillah susu byk, syg kalau dibuang. Tp afif ttp d beri keutamaan. Tasneem dah mkn mcm2, xjadi mslh. Ummi tnya kwn2 yg bpengalaman, katanya xda nas kata xboleh menyusukan mcm tu walaupun org tua melarangnya kdg2. Tp ada rasionalnya juga, takut new baby born xcukup susu pulak. Huhu, bg ummi peranan tasneem lebih pd menyurutkan bengkak susu yg dialami. Alhamdulillah. Teringat dulu, kalau kena bengkak susu, rs nak demam, nak angkat tgn pun sakit. Bahkan ada org yg smpai tpaksa operate utk buang bengkak tu. Nauzubillah. Jgn biar smpai bengkak, kena buat sesuatu. Tuam air panas, urut manually @ buat cam ummi, bg kat tasneem. Yg tu plg lega. Alhamdulillah:)

Tiada ulasan: