alhamdulillah ala kulli haal...
syukur masih diberi peluang untuk menyaksikan terbitnya matahari pagi ini, dalam keadaan yang sihat.. alhamdulillah3x.. insha-allah jika panjang umur, akan bertemu ramdhan pada esok @ lusa. smg ramadhan tahun ini, dapat menjadi universiti untuk kita mentarbiyah diri.. agar 11 bulan yang selepasnya nnti lebih bermanfaat, berilmu dan beramal, rentetan dr tarbiyah ramadhan yang kita lalui selama sebulan ini. itulah kelebihan bulan ramadhan yang seringkali kita lupa.. mudah2an tahun ini, kita dapat merebut peluangnya, lebih lagi berbanding tahun2 sudah yang tak mungkin dapat kita kembalikan... ummi ambil kesempatan ini, memohon ampun dan maaf jika ada dilakukan sebelum ini. smg ibadah kita lebih bermakna, jika kita sama2 saling memaafkan.
tahun ni, alhamdulillah kami berpuasa berlima.. alhamdulillah dengan org baru. muhammad afif abqari. mgkin sedikit berbeza berbanding tahun2 lps... tahun 2007 dan 2008.. 2 tahun ummi berpuasa dalam keadaan letih yg bersangatan:D.. terutama pd waktu mlm.. mas tu ummi mengandungkan muhammad dan tasneem.. siang, alhamdulillah.. dapat berpuasa seperti biasa.. .. tp mlm, mmg terlalu2.. letihnya... sampaikan byk mlm yg ummi terlepas mengejar fadhilat tarawaikh..
waktu mengandungkan muhammad ummi belum lagi bekerja.. waktu itu xsilap ummi, usia kandungan masih peringkat awal.. lps berbuka sj, ummi pingsan (ketiduran).. ditambah dengan selalu berdarah rendah ms awal pregnant... bbrp kali, pitam.. tgh solat pun pernah tumbang.. waktu tasneem pun, simptom2 nya hampir sama dgn sewaktu mengandungkan muhammad. tp alhamdulillah siang harinya, selain dpt berpuasa penuh, ummi dapat join tadarus alquran di ofis walaupun ms yg diperuntukan agak singkat. mlm, ummi berdua bersama muhammad di rumah.. abi ke masjid.
puasa tahun sudah pula, ummi belum lagi mengandungkan afif.. tenaga tu alhamdulillah lebih sikit, tp still xmampu nak ke masjid berterawikh.. lepas berbuka, layan tasneem dan muhammad dulu sehingga tertidur... abi ke masjid.. dan kemudiannya baru berterawikh dan sebagainya. tp itu pun xselalunya gagah! tasneem dan muhammad menyusu. bila seharian ummi keje xdpt menyusu, mlm nya mereka membalas, menyusu sepuasnya.. bila dah menyusu baring.. alamatnya ummi pun berlayar lah sekali bersama anak2... sudah lewat mlm / sudah abi balik dr masjid baru lah menunaikan solat isya' dan tarawikh.
tahun ni? ternyata lebih berbeza.. menyambut ramadhan dalam berpantang..1 bulan tidak berpuasa. dan tahun ni, menyusukan kedua2.. afif dan tasneem... mcm anak kembar;).. kalau menyusukan anak.. mmg rs perut sentiasa lapar! dlm pantang ni mmg ummi mkn byk, walaupun lauknya lauk sedih.. tp ummi sentiasa makan berselera. lauk ikan masa singang kunyit.. letak asam keping, kunyit, bawang putih dan garam shj.. huhu.. alhamdulillah, makannya tetap sepinggan setengah tiap kali mkn. tgh mlm pun ummi bgn mencari air milo, roti biskut.. sekitar jam 2, 3 pagi..
cuma ummi berharap, puasa kali ni.. mampu menggalakkan abi meraih fadhilat terbaik bulan ramadhan.. boleh g terawikh di masjid 30 hr, boleh.. insha-allah. umi pun, walaupun tidak dapat berpuasa 30 hari mungkin, boleh lagi melakukan ibadah2 seperti menambah ilmu pengetahuan, melihat maksud2 ayat alquran dan menyediakan abi juadah untuk berbuka puasa walaupun seringkas buah tamar dan air.. byk lagi peluang2 kita meraih pahala dan fadhilat di bulan ramadhan ini, walaupun tidak dpt berpuasa...
harapnya mlm2 melalui ramadhan ni, anak2 baik2 sj.,. xbyk ragam.. yg paling penting ummi rs, tasneem jgnlah berebut nak menyusu dgn afif.. muhammad dah pandai tidur sendiri.. jd xada mslh besar. Tasneem tidurnya masih mahu ngempeng @ berbuaian. ummi xmampu lg nak mengangkat2 tasneem yg berbadan montel itu.. kalau baby dah tidur dulu, ummi boleh menyusukan tasneem spy tidur. tp kalau dua2 mau menyusu.. ai pening juga kepala ummi dibuatnya:D.. insha-Allah boleh!
doakan.. bacaan kunin afif smlm masih lagi agak tinggi.. 238.7.. dah 4 kali ambil darah.. 1. 237, 2. 259, 3. 238, 4. 238.7.. hari ni umur afif 14 hari... kalau ikutkan, hari ni kene pegi repeat lagi test. tp ummi rs, kalau repeat hari ni, bacaan xkan byk beza dgn smlm. mcm2 juga diusahakan berdasarkan pengalaman kawan2.. jamu2 mmg ummi xmkn lagi, halia ngan kunyit pun dah xmkn.. menurut doktor.. elakkan dulu mknn panas buat ms ni. tp susu kambing, ummi masih minum... wallahu a'lam, ini pun byk pendapat.. ada yg kata susu kambing panas.. ada yg kata tidak. mlm td, kami cuba pula bg afif, makan jus buah anggur fresh.. sikit je dlm beberapa titik. bagi sikit air zamzam dan sikit kurma. afif pun mmg belum bertahnik lagi:).. jd abi tahnikkan sekali smlm, insha-allah nnti kalau jumpa mana2 tuk guru, tahnikkan pula dengan tuk guru2 tersebut semoga dapat keberkatan.
kalau ikutkan, bacaan kunin yg normal, kena di antara 170 - 200 slps 14 hari... doktor suh refer ke hospital slayang lps 14 hari untuk cek hati pulak. tgk afif biasa, sama mcm yg lain.. beberapa hari ni dah makin aktif dan dah byk berjaga.. menyusu pun kuat.. kalau x, takkan dalam ms 10 hari dah boleh naik sampai 1/2 kg. misi yg dtg cek pun kata, bdn afif smgt, sbb biasa 10 h rpertama berat baby akan turun. tp afif naik. apa pun, doa ummi.. mudah2an anak ini sihat.. ya Allah engkau berikan lah kesihatan kpd nya supaya dapat menjalani hidup seperti biasa.. aamiin!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan