Rabu, April 27, 2011

Siapa ketuk jalan ni ummi

Alhamdulillah ala kulli haal..

singgah skjp di teratak ini... 

ummi asik teringat kan abi. sian abi, sejak model baru nak keluar ni.. masya allah sibuk sangat. nampak letih dan tertekan. ummi nak bercakap banyak2 pun takut.. hihi:).. harapnya abi maintain tenang dan sabar. insha-ALlah xlama lagi harapnya oklah tu. mcm orang perempuan nak beranak... sementara baby nak keluar tu, macam2 perasaan yang ada. berdebar.... takut.. cemas ada. paling bimbang, semua nya antara hidup dan mati. sama ada ibu dan anak. Insha-Allah semoga semuanya cepat berlalu dan dilalui dengan hati yang tenang2 saja walaupun penat. Ummi tau, abi penat sgt.. gambarou ne abi. insha-Allah, ada rezeki, kalau kita dapat jadi wakala dinar nnti, hihi.. mungkin dugaannya berbeza pula dgn kerja di kilang. insha-ALlah mudah2an Allah senangkan urusan kita dalam menuju matlamat hidup kita yang sebenar. kadang2, bila penat2 keje siang.. malam2 nak tidur tu terpikir.. apa lah sebenarnya yang aku kejar kan dalam hidup aku di dunia ni? Allahu akbar!
ini afif, bukan muhammad.. tapi muka kami nak dekat sama.. jgn keliru...

apasal nampak oren je ni mii... tolong2

skrg petang2 selalu hujan. abi dah beberapa hari balik lewat .. sekitar jam 8 - 8.30 mlm baru keluar dr kilang. Anak2 ummi ambil dulu dr rumah kak misah.. mencabar juga nak bawak ketiga2 sekali dalam kereta. sebab tu kadang kalau abi xlewat sgt, ummi akan ambil abi dulu di kilang. Kilang - rumah - tumah pengasuh, semuanya lebih kurang 10km. xjauh sgt. tapi time anak2 beronar, hihi.. susah juga nak fokus pada pemanduan dengan jalan yang agak sibuk maghrib2 begitu.. dgn yg balik dr sekolah, yang balik dr kilang perodua sendiri dan mcm2 lagi sebelum matahri menyorokkan diri. Sbnrnya, gayat2 dan trauma kemalangan tempoh hari masih ada. sikit2, kadang rasa xkonfiden atas jalan raya. semoga Allah mudahkan setiap perjalanan... mintak Allah jauhkan dari sebarang musibah... muhammad selalu ingatkan baca doa naik kenderaan yang dia dah belajar dekat sekolah. dia sebut "Doa naik kenderaan" tapi kadang2 dia terlupa.. dia baca doa makan lah, doa belajar la. hihi, kawaii. Alhamdulillah, waktu terlupa .. baca esemual dengan anak2.. sama2 refressh.

smlm waktu on da way ambik abi dari kilang.. muhammad asyik bercakap (mcm dia yang biasa lah) .. byk soalannya. dia tanya ummi, "Ummi, siapa yang ketuk2 jalan ni?" Jalan yang kami lalui ke kilang abi, banyak lubang sana sini di sebabkan hari hujan dan lori perodua banyak keluar masuk jalan tu. Ummi jawab la. hari hujan, lori banyak lalu. lori gemuk, berat. kereta kita kecik, ringan.. mcm2 juga la ummi membebel nak bg muhammad paham... jawapan standard dia.. "OOO... ye ke" yeke...hihi, sabar je lah.. ummi terus lagi bercerita. ummi ckp, muhammad makan biskut kan, celup air, biskut tu keras jadi lembut. mcm tu jugak jalan, jalan keras, tapi bila kene hujan, jadi lembut. sebab tu lubang.. lori ketuk, berlubang... dia jawab lagi.. "ooo ye ke"... i ye lah..

pagi tadi pulak... waktu hntr abi ke opis, muhammad nampak roket kat langit.. dia cakap.. "Ummi roket.. dia ikut kite".. ummi cakap.. "dia bukan ikut kita.. tp dia besar.. sbb tu nampak mcm dia ikut kita" mcm ummi nak terangkan pasal bulan kat dia hari tu..xlama  lepas tu dia tanya lagi... "Ummi keje kat mana, keje kat INSTUN??" "haah, ummi keje kat INSTUN, abi? abi keje kat mana pulak??" dia jawap " abi keje kat kilang" ummi : "Kilang apa?" muhammad: "kilang roket.." alahaai.. anak ku.. sejak bila pulak lah abi mu keje kat kilang roket.. beliau keje kat kilang kereta"

hihih

2 ulasan:

nikoniko_mama berkata...

sronok kan dgn telatah anak2?? lagi2 yg dh pandai berceloteh... hihiih...kawaiii... ;)

Ummu Muhammad Tasneem berkata...

senyum sorg2 kak bib:) bila tengah tensen, baca balik entry2 ni.. hihi, dah mcm dairi plk..;)