Selasa, Mei 03, 2011

Mendamba konsistensi (ISTIQAMAH)

alhamdulillah ala kulli haal...

cuba memerah otak skjp malam ini untuk menulis sesuatu, semoga bermanfaat. bila dah lama xmenulis, begini lah jadinya.. terasa jari2 ini berat untuk mengetuk keyboard ini. Allahu akbar.. menulis sebenarnya dapat meringankan sedikit kepala yang berat dengan macam-macam perkara yg sedang difikir:).. ya... minat yg ada itu kene dipupuk. minat menulis, kdg2 membuatkan kita lebih rajin membaca supaya apa yang dibaca dapat dikongsikan melalui tulisan.. dan begitu juga sebaliknya, supaya apa yg ditulis, kemas dan bernas isinya bila banyak yang dibaca...

kredit to shalihah.com



waktu menulis ini, anak2 dah tidur. abi, selepas maghrib tadi, keluar semula ke HB bermesyuarat. semoga Allah mudahkan urusan abi, beri keistiqamahan dan dapat membawa kami semua anak beranak menumpang pelayaran bahtera perjuangan Islam yg semestinya tidak dihidang dengan karpet merah... jika dapat menjadi tukang sapu / tukang susun kerusi / tukang pasang bendera semasa program..alhamdulillah.. cukuplah jika ada ISTIQAMAH. itu sgt jauh lebih baik dr sumbangan besar, tp tidak istiqamah. walaupun sumbangan yg mungkin nampaknya sikit dan kadangkala hanya dianggap sebagai sumbangan picisan.. dan sejauh mana pun pergi nya kami.. ummi sentiasa berdoa dan berharap masih berada dalam lingkungan jamaah.. terikat dengan jemaah.. seperti mana seekor kambing yang terikat di sebatang pokok.. sejauh mana pun dia pergi, dia masih berada di dalam lingkungan ikatannya... risiko untuk terjebak ke satu lingkungan yg lain itu, lebih sedikit..

Allah s.w.t berfirman:

(( فاستقم كما أمرت))
Mafhumnya: “Oleh itu hendaklah kamu (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh (istiqamah) di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu”

Surah Hud:112

Ibnu Abbas r.a berkata: “Tidak diturunkan kepada Rasulullah s.a.w pada keseluruhan al-quran satu ayat yang lebih dahsyat dan lebih susah kepadanya drpd ayat ini.”

Al-hassan berkata: “Setelah ayat ini diturunkan, Rasulullah s.a.w menyinsingkan lengan tangannya (serius) sehingga tidak pernah terlihat baginda ketawa” (dikeluarkan oleh Ibnu Abu Haatim)
Beratnya ISTIQAMAH!!

Banyak faktor yg dapat membawa kepada ISTIQAMAH. ini antara yg ummi terfikir:

   1. ukhuwah: pentingnya sahabat2 fastabiqulkhairat di sisi.. tak ada sahabat yg menunjukkan jalan kebaikan, kadang2 jadi kita xmampu untuk meneruskan sesuatu yg baik..
   2. tarbiyah: dapat mengeluarkan kita drpd zon selesa. sekali tinggal usrah, tamrin, pengajian, puasa isnin khamis, ma'thurat.. esok2nya makin mudah lagi untuk kita terus meninggalkannya.
   3. ilmu: tanpanya byk yg tersasar...ISTIQAMAH juga akhirnya akan tersasar.
   4. semangat: bergandingan dengan ilmu, untuk menghasilkan ISTIQAMAH yang mantap.

Allahu akbar.. semoga urusan ummi sekeluarga untuk meraih sekurang2nya 4 perkara di atas dimudahkan. Rasa2nya, perjalanan hidup dari sehari ke sehari, bukan semakin mudah. bahkan semakin byk cabaran yang perlu dilalui. tapi pengalaman yang mematangkan kita untuk handle sesuatu perkara dgn lebih baik. Itupun jika kita mengambil pengajaran dr apa yang telah kita lalui semalam... Allahumma yassir...

----------------
pagi tadi ummi n abi lewat ke ofis, gara2 tidak ada kereta untuk dinaiki. mmg payah dan byk kene bersabar jika tak ada kereta. mlm td ummi sampai mimpi2, naik basikal ke ofis. teringat pulak kenangan 4 tahun di jepun, menaiki basikal ke kolej dan kemana2 shj. natsukashi! doakanlah urusan kami dimudahkan. seminggu dua ni.. nampaknya mmg terpaksa redha saja lah jika perlu lambat ke ofis. ummi dah maklumkan kat bos masalah ummi ni. nampaknya diorg faham. berusaha shj agar mslh ni dapat diselesaikan cepat. kalau xboleh cepat, nak buat macam.. mmg urusan yang bukan dpt selesai sebulan dua. kena pulak, jarak ofis yg jauh dr rumah.. nak tumpang siapa2 rakan seofis pun xada yang duduk di kawasan ni.

muhammad pulak, setiap kali ada kereta parking @ berenti depan rumah, sibuk dia "Ummi, kereta baghuu kita dah sampai..." alahai.. sian la anak.. belum lagi.. sabar ye.. insha-allah mudah2an "ahli" baru tu nanti, dapat memudahkan urusan kita sekeluarga... aamiin...

Tiada ulasan: