Ahad, Mei 29, 2005

Kisah Hassan Al-Basri Sebagai Satu Pengajaran Berharga

Assalamualaikum wrt. AlhamduliLLahhari ni ana berpeluang menyertai Kem Remaja Rabbani yang disertai oleh adik2 yang berumur 12 - 17 thn. Program berjalan lancar. Adik2 pun nampak seronok dan bersemangat dlm program. Walaupun program cum berjalan tak sampai sehari, tapi amat bermakna, dan banyak memberikan input. Di sini ana lampirkan satu cerita yang ada di ceritakan dalam program td. (Yg di pastekan ni, di cari dr internet):


"Adalah Hasan al-Basri semasa mudanya,tampak segakmengenakan pakaian yang serbaindah dan sering berjalan mengelilingi kota Basra.Tiba-tiba dia terlihat wanita cantik jelita bertubuhpadat dan berisi,makaHasan al-Basri mengikuti di belakangnya.Si wanita itumenoleh ke belakang seraya berkata :"Apakah engkau tidak malu ??? ""Malu kepada siapa?", kata Hassan al-Basri"Malu kepada zat (Allah) yang Maha Mengetahui,matayang khianat dan apa-apa yangterletak di dalam kalbu hamba-hambaNya", jawab wanitaitu.Oleh kerana timbul rasa cinta,tidak sabar dan tidakterkuasainafsunya,Hasan al-Basri terus menerus mengikuti wanitaini.Bertanya wanita itu lagi : -"Mengapa engkau selalu terus mengikuti ku"Kata Hasan al-Basri itu : -"Sesungguhnya aku terpesona dengan pandangan matamu"Jawab wanita itu :"Kembalilah,nanti saya akan kirimkan padamu,apa-apayang engkau inginkan"Hasan al-Basri mengira,bahawa wanita itu telah merasabahawa cintanyadisambut,maka diapun kembali.Maka datanglah seorangpelayan wanita mengadapHasan al-Basri dengan membawa sebuah bekas yangtertutup dengansaputangannya.Hasan al-Basri membuka penutup,terpandang akan sepasang matawanita tadi.Kata pelayan itu :"Sesungguhnya berkata ... saya tidak inginkan matayang menyebabkan timbulnyafitnah (terpesona) seseorang"Gementarlah hati Hasan al-Basri,berdirilah buluromanya serta dipegangi dagunyaseraya berkata,"Sungguh celaka engkau,sudah berjanggut tidak lebihmalu daripada wanita itu "Diapun menyesal dan bertaubat dari saatitu,berterus-terusan menangissemalaman.Pagi-pagi harinya,dia datang ke rumah wanitaitu,untuk meminta maaf dan menghalalkan kesalahannyatetapi pemilik matatersebut telah meninggal dunia.Hasan al-Basri menangis sehingga 3 hari lamanya danpada malam ketiga bermimpimelihat wanita itu sedap duduk di dalam syurga danHasan al-Basri berkatakepadanya dalam mimpi."Halalkanlah olehmu segala kesalahan saya "Kata wanita itu ;"Sesungguhnya semua telah saya halalkan kerana sayatelah memperoleh kebaikanyang banyak dari Allah,oleh sebab engkau"Kata Hasan al-Basri lagi ;"Berilah aku nasihatmu"Kata Wanita tersebut;"Kalau engkau bersendirian,berzikirlah {ingatlah}kepada Allah Ta'ala dan setiappagi dan petang beristighfarlah kepada Allah sertabertaubatlah kepadaNya."Maka Hasan al-Basri pun menerima nasihatnya sertamelaksanakannya sehingga diamenjadi orang terkenal di kalangan masyarakat keranakezuhudannya sertaketaatannya kepada Allah Taala.Dan diapun memperolehidarjat tinggi lagi muliadi sisi Allah, serta menjadi seorang wali Allah.Wallahu A'lam...

Tiada ulasan: