Ahad, Julai 24, 2005

Balada Untuk Sharon

Sharon yang gila!
semalam,
dengan peluru berpandu,
kau kecaikan tubuh tua di kerusi roda
kau kecaikan tulang belulang
Ahmad Yassin ulama dunia
kau kecaikan urat Palestina
demi dendam kesumatmu yang berpuaka
dan kau, bersorak-sorak gembira
tawa hilai sengih panjang
perut gendutmu bergoncang bergoyang
berpesta riang dan terus merangsang
kau urut hidungmu yang panjang
kononnya kaulah pahlawan gemilang
bangsamu yang cemerlang
dan keangkuhanmu terbilang

Hari ini,
Sharon yang gila,
ku dengar kau berteriak pula
menderam dan mengaum suara
mau membaham tubuh Abu Ammar
mau membunuh Hassan Nasrullah

Sharon yang gila!
jangan kau fikir mudahnya membunuh semua
jangan kau fikir kau akan menang percuma
kerana seluruh jasad yang bernyawa
sedia bertentang mata
sedia berjuang untuk al-aqsa
siap mengangkat bendera
panji-panji dan cogan alam bersama
kalimah tayyibah akan bergema

Sederap sebaris para pemuda
akan berangkat
melangkah meroboh tembok-tembok batumu
menjulang tangan ke angkasa
dengan laungan "Allahuakbar"

sedia menyongsang dakapan syuhada
membebaskan negara
menggoncang dunia
menggegar segala
dengan laungan "Allahuakbar"
perawan dan peria Palestina
pasti berpamor berpawai bersama
dengan laungan "Allahuakbar!"
akan dirempuh seluruh pagar
setiap jalan dan lebuhraya
kota Tel Aviv akan jadi saksi
tekad umat serentak menggamat
berjuang hingga hujung kiamat
mati atau menang jadi azimat

Sharon yang gila!
larilah berlindung dimana-mana
pemuda dan remaja Palestina
pasti mengheret tubuhmu yang tua
untuk dihukum pidana
nyawa dengan nyawa
akan menebus segala
agar dunia tidak terus jadi neraka
dengan azan akan berkumandang
mengangkat, menyuci harakat umat.

 


Tiada ulasan: