Jumaat, Julai 15, 2005

Pemimpin yang Zuhud

Ketika Umar memasuki rumah RasuluLLah, baginda edang berada di tempat
minumnya. Umar melihat terdapat kesan-kesan yang tegores di belakang badan
baginda kerana berbaring di atas tikar. Dan dilihatnya hanya ada gantangan
gandum yang tergantung di rumahnya. Tanpa disedari air mata Umar mengalir di
pipi. Suatu pemandangan yang amat menyentuh hatinya; seorang pemimpin yang
menjadi tauladan ummat sepanjang zaman ini hanya memiliki kehidupan yang
sederhana!

"Barang siapa yang menghendaki kehidupan di dunia dan perhiasannya, necaya
kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna
dan mereka dan mereka di dunia itu tidak akan rugi. Itulah orang-orang yang
tidak memperoleh di akhirat kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa
yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah yang telah mereka
kerjakan. (QS. Hud: 15-16)

Tiada ulasan: