Sabtu, Julai 16, 2005

Sejenak Merenung Kehidupan Mereka

Suatu hari Saidina Ali r.a setelah bangun dari tidur, beliau dan isterinya,
Saidaina Fatimah r.a; anak kesayangan RasuluLLah keluar bersama-sam amencari
makan. Namun, tidak ada satu pun makanan yang ditemui untuk mengalas perut
pada pagi itu. Lalu Ali r.a mencari pakaian bulu untuk keluar ke kota
Madinah pad hari yang dingin itu. Ketika edang bersiap-siap itu, tiba-tiba
dia teringatkan seorang Yahudi yang mempunyai sebuah kebun. Ia segera
menemui Yahudi itu di kebunnya. Setibanya di sana, org Yahudi itu pun
menyapanya, "Wahai orang Badwi silalah masuk. [Bantu kami] mengambil air.
Setiap setimba yang kau ambil akan dibayar dengan sebiji kurma." Maka Ali
r.a pun membantunya mengangkat air sehingga bengkak2 tangan dan lenguh
seluruh badannya. Setelah selesai ahudi itu pun membayar upah kurma seperti
yang dijanjikannya. Kurma itu di bawa pulang, dan di dalam perjalanan ketika
berjumpa RasuluLLah, beliau mempelawa RauluLLah makan bersamanya. Setelah
itu, baki dari kurma itu di bawa pulang untuk diberikan kepada isteri
kesayangannya.

Seperti itu lah kehidupan mereka seharian. Tapi rumah mereka dipenuhi dengan
kebahagian, ketenangan dan kegembiraan. Mereka hidup bersama gerak hati yang
uci. Melakukan apa yang di harus di amalkan, dan meninggalkan apa yang harus
di jauhi. Hati mereka hidup bersama prinip2 luhur yang telah diajarkan oleh
RasuluLLah SAW. SubhanaLLah.

Ya Allah kumpukan kami bersama-sama mereka...

Tiada ulasan: