Jumaat, Disember 30, 2005

Fw: Soalan2 terkini?

Fw: Saiful Islam

 

Assalamualaikum WBT.

Inna al-Hamd LilLah, Solaatan wa Salaaman 'ala Rasulillah, wa ba'd

Saya amat-amat berharap agar isu salafi khalafi wahabi hasan tsaqqaf asri
zainul abidin whatever you name it, DIHENTIKAN SERTA MERTA.

Saya dah bosan, muak dan menyampah melayan isu ini. Saya dah bosan melayan
fitnah pecah belah pelajar Malaysia di Jordan di zaman Zamihan mengeluarkan
buku Salafiah Wahabiahnya tu. Kami pelajar Malaysia sudah cukup menanggung
malu bila ulama' yang amat senior, bertaqwa dan saya nak angkat muka
depannya pun segan, seperti Sheikh Umar Sulaiman al-Asyqar dituduh
mendustakan hadith oleh Zamihan dalam buku tu.
Kalau tak sealiran sekali
pun, siapalah seorang budah seperti kami yang berusia 24 - 29 tahun nak
mencela-cela para ulama. Semuanya tak menghasilkan apa-apa kecuali
kedangkalan hikmah dan fungsi akal lantaran masing-masing ada ilmu tentang
ilmu tapi tak tunjukkan ilmu untuk berilmu. Bergaduh, tak nak bertegur sapa,
rumah depan masjid, tapi tak nak solat di masjid sebab imam wahabi, ahli
tasybih dll.

Cukuplah bertahun-tahun saya dan ramai lagi pelajar malaysia yang menderita
selama di Jordan akibat pergaduhan isu ini.

Cukuplah semasa saya kerja basuh pinggan di London dulu, tetiba budak datang
tanya, "Ustaz, Allah di mana?" Semata-mata kerana nak classify saya ni
makhluk mazhab apa.

Cukup cukup cukup...

Sebab itu saya tegaskan sejak dahulu lagi, ORANG SELALU KATA KALAU NAK
CERDIK KENA MENGAJI. TETAPI SAYA TEGASKAN BAHAWA KALAU NAK MENGAJI KENA
CERDIK. SEBAB KALAU ORANG TAK CERDIK MENGAJI, YANG TIMBUL HANYA MASALAH DAN
FITNAH.

Sesiapa yang nak ikut Albani, ikutlah tapi jangan taasub. Sesiapa nak ikut
Hasan Tsaqqaf, ikutlah tapi jangan taasub.

Semua kena bermula dengan FAHAM, berdalil dan berjiwa daie

Saya cuba menulis dengan penuh hikmah di dalam artikel ISU WAHABI, TINGKAP
YANG DISANGKA PINTU tetapi masih dituduh macam-macam oleh orang yang
berpenyakit akal dan hati.

Kalau masih dan bincang bab ni, pergi ke ahkam online, atau mana-mana tempat
lain yang sudah sedia banyak. Otherwise saya rasa seronok juga nak shut down
je mailing list ni sebab tekanan kerja di pejabat, jiran tetangga,
masyarakat dan ummah sudah cukup occupy kita semua. Tak sanggup rasanya nak
habiskan masa bukak email, jumpa isu ni lagi.

Saya menulis ni dengan tenang, Cuma muka je masam sikit sebab tension tengok
orang suka buang masa bincang isu ni.
Saya hargai dan hormati pandangan
khalaf walaupun personally saya prefer manhaj salaf. Tak setuju? Boleh
unsubscribe and go on with your life.

Istighfar saya pohonkan dari Allah kerana bersubahat menyediakan mailing
list yang membuang masa ummah.

Ayuh, kalau nak berdiskusi tentang isu Harun Yahya, saya seronok nak
bersama-sama. Tapi isu salaf khalaf, wahabi, albani, zamihan, asri zainul
abidin, cukup cukup cukup.

Wa 'ala Allah yatawakkal al-Mu'minoon...

ABU SAIF

 

Al-faqirah ilaLLah:

"Allah matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perundangan kami, jihad jalan kami, syahid cita-cita kami"
adiemad
012-2900354
NADIE SAKURA E-SHOP
http://www.adiemad.com/ver2

1. Air Market
2. Jualan Busana Muslimah, Bahan-bahan ilmiah dll.

3. Web Designing

5. Program Affiliate
6. Ruangan Iklan Untuk Disewa

 

Tiada ulasan: