Khamis, Januari 26, 2006

Ayahku Bukan Pengganas

Sumber: Mailing List
 

Ayahku Bukan Pengganas!

Syafiq tidak tahu bagaimana dia boleh berada di situ. Segalanya begitu
asing. Suasana begitu kelam dan sunyi. Perlahan2 Syafiq melangkahkan kaki
meredah kegelapan. Tiba2 dia terlihat gelimpangan tubuh manusia. Kesemua
mereka dilimpahi darah dan bertindan antara satu sama lain. Dari jauh
Syafiq dapat melihat sekujur tubuh yang dia kenal sangat wajahnya.

"Ayah!"

Ya. Syafiq pasti itulah ayahnya. Mengapa ayah begitu? Terbaring dan
berlumuran darah? Ayah... Ayah telah mati! Lemah seketika tubuhnya. Dia
cuba ingin mencapai ayahnya tetapi bagaikan ada yang menariknya menghalang
dia mendekati ayahnya.

"Ayah...! Ayah...! Ayaaahhh!!!

"Kring-kring! Kring-kring!"

Deringan telefon mengejutkan Syafiq dari tidurnya. Seketika kemudian
terdengar suara ibunya menjawab panggilan tersebut. Syafiq melihat jam di
dinding. Pukul 2 pagi. Biasanya ayah saja yang menelefon pada waktu2
begini. Syafiq bingkas bangun dan menuju ke arah ibunya.

"Ayah ke Bu?"

Ibunya mengangguk sambil tersenyum. Syafiq rindukan ayahnya. Terlalu
rindukan ayahnya. Sudah hampir 3 tahun rasanya ayah berada di luar negara.
Tidak pulang2. Hanya telefon sekali sekala itupun sekejap2 sahaja. Kata
ibu, belanja telefon di luar negara mahal. Ayah telefon waktu2 begini pun
kerana hendak mendapatkan caj yang lebih murah.

"Syafiq nak cakap dengan ayah?"

Tanya ibunya sambil menyerahkan gagang telefon kepadanya. Syafiq tersenyum
riang. Memang itupun tujuannya datang kepada ibunya...

                           ********************

Syafiq menyandarkan kepalanya ke kerusi panjang. Rasa enak asam pedas
masakan ibunya masih lagi berlegar di tekaknya. Sambil itu, Syafiq
terkenangkan ayahnya. Rasanya malam tadi sekejap benar dia berbual dengan
ayah. Tidak puas. Syafiq ingin bercerita macam2 dengan ayahnya. Cerita
tentang peperiksaan UPSR yang akan dihadapinya. Cerita tentang rasa
rindunya yang mendalam terhadap ayah. Juga cerita tentang mimpinya malam
tadi.

Tiba2 Syafiq merasa tidak sedap hati. Mimpi semalam mengganggunya semula.
Bagaimana kalau mimpinya itu benar? Bagaimana jika ayahnya seorang
penjenayah? Syafiq tidak faham untuk apa ayah keluar negara. Jika
ditanyakan kepada ibu, pastinya ibu akan katakan ayah sedang bekerja. Namun
kerja apa, tidak pernah ibunya bercerita. Kadangkala terbit rasa pelik
dalam diri Syafiq. Mengapa ayah tidak mahu bekerja di dalam negara sahaja?

Syafiq menekan butan 'on' pada alat kawalan jauh televisyennya. Lebih baik
dia menonton berita daripada melayan risaunya dengan mimpi semalam dan juga
prasangka terhadap ayahnya. Jam di dinding menunjukkan pukul 8.10 minit
malam. Waktu ini semua stesen televisyen sedang menayangkan siaran berita.

"Ini berita yang baru kami terima. Seorang rakyat Malaysia yang dikatakan
pengganas berjaya ditumpaskan dalam kejadian tembak menembak yang berlaku
di negara jiran. Pengganas tersebut, Muhammad Azhar..."

Syafiq terkedu. Matanya terpaku ke skrin televisyen yang terpampang wajah
ayahnya. Tidak! Tidak! Bukan ayah. Tak mungkin... Hatinya berkali2 cuba
menafikan apa yang dilihatnya.

"Ibu! Ibu! Tengok ni ibu....!"

Syafiq berteriak memanggil ibunya. Air mata mula berjujuran memenuhi
pipinya. Terasa nafasnya tersekat2. Sekujur tubuhnya lemah. Dunia ini
seakan2 gelap. Syafiq rebah dalam dakapan ibunya...

                           ********************

Seminggu telah berlalu. Namun rumahnya tidak henti2 dikunjungi wartawan2
dari media arus perdana. Macam2 yang mereka tanyakan kepada ibu tentang
ayah. Atuk, nenek, mak lang, mak cu dan adik beradik Allahyarham ayahnya
semuanya ada di rumahnya dalam tempoh seminggu ini. Mereka juga sering
menjadi sasaran soalan wartawan2 ini. Malah Syafiq juga sering diajukan
soalan2 yang mengguris hatinya.

Syafiq tahu ibunya juga tidak begitu berminat untuk melayan soalan2
tersebut. Kerana kadangkala, lain yang disebut ibu, lain pula yang
dilaporkan. Namun dalam keadaan begini, tidak banyak yang mereka boleh
lakukan untuk mengelak dari menjadi tumpuan media.

Syafiq terpaksa masuk melalui pintu dapur. Pintu hadapan rumahnya dipenuhi
oleh wartawan2 tersebut. Syafiq memandang mereka kemudian segera memasuki
bilik.. Pintu bilik dihempasnya sekuat2 hati. Biar terkopak terus. Geram
benar rasa hatinya. Sudahlah di sekolah tadi dia puas disindir oleh
pelajar2 lain dan beberapa orang guru. Kini di rumah, dipenuhi pula oleh
wartawan2 kepoh ini. Syafiq merasakan kehidupan peribadinya telah hilang.

"Syafiq. Buka pintu ni nak. Ibu nak cakap sikit."

Ibunya bersuara lembut. Sememangnya begitulah ibu yang Syafiq kenal. Lemah
lembut, penyayang. Tapi mengapa ayah bertindak menjadi pengganas?

"Syafiq. Bukalah sayang..."

Rayu ibunya lagi setelah Syafiq membatukan dirinya. Dia melihat tombol
pintunya bergerak tanda sedang cuba dibuka dari luar. Syafiq melangkas
malas ke pintu, memulas tombol sekadar melepaskan kuncinya dan kembali
semula ke katil.

Ibunya mengikuti langkahnya ke katil, merapatkan tangannya ke wajah Syafiq
yang sedang berbaring dan perlahan mengusap2 rambut anak tunggalnya itu.
Syafiq memalingkan wajahnya ke dinding. Hatinya masih panas dengan apa yang
berlaku. Di sekolah dan juga di rumah tadi.

"Syafiq marah ye tengok wartawan ramai2? Hm... Syafiq, ibu minta maaf.
Takkan ibu nak halau mereka. Nanti... Nama arwah ayah juga yang busuk..."

Terang ibunya lembut sambil terus mengusap2 rambutnya. Syafiq lantas
menepis tangan ibunya dan bingkas bangkit dari katil.

"Mengapa ayah jadi pengganas bu?"

"Syafiq..., ayahmu bukan pengganas, nak. Ayahmu pejuang, sayang."

Terang ibunya dengan nada yang tenang dan lembut. Baginya, anaknya itu
masih terlalu kecil. Masih tidak faham apa erti perjuangan yang
diperjuangkan oleh suaminya.

"Pejuang? Atas dasar apa? Apa yang diperjuangkan? Kita sudah merdeka. Dunia
kita sudah cukup aman bu. Perjuangan apa lagi? Sebab ayahlah saya dihina di
sekolah. Sekarang sebab ayah rumah kita bagaikan neraka. Ayah bukan
pejuang, bu tapi pengganas! PENGGANAS!"

Pang! Satu tamparan yang kuat hinggap di wajah Syafiq. Syafiq terjelepok ke
lantai. Titisan air jernih mula mengalir dari lubuk matanya. Ibunya juga
terdiam. Dia melihat tapak tangannya sendiri. Bagaikan tidak percaya,
tangan itu menampar satu2nya anak hasil perkongsian hidup dengan arwah
suaminya. Belum pernah dia singgahkan tangannya ke mana2 bahagianpun pada
tubuh anaknya selama ni...

                           ********************

Syafiq cuba melelapkan matanya namun terlalu sukar rasanya. Sesekali dia
memusing2kan badannya ke kiri dan kanan katil. Pedih tamparan ibunya masih
lagi terasa. Bukan pada pipinya tetapi jauh di sudut hatinya. Entahlah.
Mungkin betul ayah pejuang, bukan pengganas... Tapi apa yang ayah
perjuangkan? Apa lagi yang ayah mahukan?

"Ayah... Syafiq rindukan ayah. Biarpun mereka bilang ayah pengganas, Syafiq
tetap sayangkan ayah. Ayah tetap ayah yang terbaik untuk Syafiq. Ayah...
Ayah..."

Rintihan Syafiq terbawa2 hingga ke dalam lenanya. Dalam gengamannya
tersimpul erat gambar ayahnya. Gambar terakhir sebelum ayah mula
'berkhidmat' di luar negara...

Dan malam itu Syafiq bermimpi lagi. Kali ini dia bermimpi dapat bertemu
ayah. Ayahnya datang dengan pakaian yang cantik, dengan wajah yang
berseri2. Syafiq memeluk erat tubuh ayahnya. Rindu sangat rasanya pada
ayah.

"Ayah... Kenapa ayah pergi? Orang hina ayah... Orang cakap ayah jahat...
Orang cakap ayah pengganas..."

Beritahu Syafiq sambil masih lagi tidak melepaskan ayahnya dari pelukan.

"Syafiq anak ayah, kau masih terlalu mentah untuk mengerti. Biarkanlah
mereka bilang ayah pengganas. Biarkanlah mereka bilang ayah penjahat. Apa
yang pasti, ayah berada di pihak yang benar. Apa yang pasti, perjuangan
ayah untuk kebaikan sejagat."

Ujar ayahnya sambil membalas dakapan erat anaknya dan membelai2 manja.
Terubat juga rasanya rindu Syafiq terhadap ayahnya.

"Kita telah lama ditindas. Ayah dan rakan2 ayah hanya berusaha meletakkan
martabat agama kita ke tempat yang sepatutnya. Agar kita tidak lagi perlu
diinjak. Salahkah ayah berbuat begitu? Pernahkah anak ayah terfikir,
mengapakah tidak ada orang yang gelarkan si kafir laknatullah yang
menghancurkan banyak negara Islam, membunuh ratusan ribu jiwa2 muslim yang
tak berdosa dan meruntuhkan moral sesebuah masyarakat Islam sebagai
pengganas?

Orang kafir tidak akan berpuas hati selagi kita tidak mengikut mereka. Maka
itu kita harus berjaga2 anakku. Tidak akan selamat seorang manusiapun tanpa
bantuan Allah. Namun, bagaimanakah kita menuntut bantuanNya jika kita
menolak apa yang diperintahkanNya? Salahkah ayah cuba menjalankan apa yang
dimahukan oleh al-Kholik?"

Syafiq mendongak menatap wajah ayahnya yang sangat2 dirinduinya itu.
Ayahnya seolah2 mengerti tanda tanya yang berlegaran di mindanya ketika
itu.

"Tapi... Mengapa mesti tinggalkan kami? Syafiq rindukan ayah... Bila kita
dapat jumpa lagi...?"

"Syafiq, tidak ada perjuangan tanpa pengorbanan. Hubungan kita insyaAllah
kekal hingga akhirat. Asal Syafiq menjaga maruah, iman dan amal sebagai
orang Islam, insyaAllah kita akan bertemu lagi..."

Seketika kemudian ayahnya bangun dan meletakkan kedua tangannya ke pipi
kanan dan kiri Syafiq lantas membongkok dan mencium dahinya dengan satu
kucupan yang amat dalam. Syafiq pasti, dapat dia rasakan betapa tebal kasih
ayahnya dengan kucupan itu.

Perlahan2 bayangan ayahnya hilang dari pandangan. Dunia juga menjadi
semakin kelam dan akhirnya gelap gelita...

                           ********************

Syafiq bangkit dari tidur dengan mengukir sebuah senyuman di pagi ini.
Tidak seperti pagi2 lain semenjak ayahnya pergi. Bukan kerana mimpinya
bertemu ayahnya malam tadi. Bukan. Tapi kerana dia tahu, kematian ayahnya
bukan sia2. Kini dia mengerti erti perjuangan ayahnya.

Hari ini dia akan ke sekolah lagi. Dia berjanji pada diri yang dia tidak
akan hiraukan sindiran kawan2 dan guru2nya. Dia faham apa yang ayahnya
lakukan. Apa pula jasa ayah kawan2nya yang mengejek itu demi tuntuk
memartabatkan Islam? Syafiq tersenyum lagi.

Hari ini Syafiq pasti. Dia akan cukup gagah untuk berdepan dengan mereka
yang menghinanya. Akan dia katakan kepada mereka betapa dia berbangga
ayahnya terkorban sebagai seorang pejuang. Akan diteriakkan kepada
mereka...

                         "AYAHKU BUKAN PENGGANAS!"
                    __________________________________-



--
Al-faqirah ilaLLah:
"Allah matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perundangan kami, jihad jalan kami, syahid cita-cita kami" adiemad
012-2900354
NADIE SAKURA E-SHOP
http://www.adiemad.com/ver2
1. Air Market
2. Jualan Busana Muslimah, Bahan-bahan ilmiah dll.
3. Ruangan Iklan Untuk Disewa
4. Artikel2 Menarik Dan Berita2 Terkini
5. Radio Online Dll