Isnin, Januari 09, 2006

Jangan Lupa Hidupkan Sunnah Semasa Solat Eid

Assalamualaikum wrt..
 
Eid Mubarak. Taqabbal ALLAH minna waminkum.
 
 
Sumber: Al-Fikrah
 
ASM

Tentang haruskah diangkat tangan atau tidak ketika takbir tersebut,
menurut Syaikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hassan:

Tidak pernah diriwayatkan dari Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bahawa baginda mengangkat kedua tangannya ketika takbir
pada solat `Ied (takbir pada rakaat pertama yang berjumlah tujuh
kali dan pada rakaat kedua lima kali)… Hanya sahaja Ibnul Mundzir
berkata: "Malik telah berkata bahawa di dalam masalah ini (iaitu
angkat atau tidak tangan ketika takbir tersebut) tidak ada sunah
yang dianggap muktamad. Barangsiapa ingin mengangkat kedua tangannya
pada waktu takbir tidak mengapa. Namun pendapat pertama (iaitu tidak
mengangkat tangan) lebih aku sukai." (Syaikh Abu Ubaidah Masyhur bin
Hassan, Total Koreksi Ritual Salat, ms. 395-396)

Oleh itu di dalam hal ini bolehlah kita memilih untuk mengangkat
atau tidak tangan ketika takbir-takbir tersebut, namun yang lebih
hampir kepada sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam ialah dengan
tidak mengangkatnya. Wallahu'alam


--
Al-faqirah ilaLLah:
"Allah matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perundangan kami, jihad jalan kami, syahid cita-cita kami" adiemad
012-2900354
NADIE SAKURA E-SHOP
http://www.adiemad.com/ver2
1. Air Market
2. Jualan Busana Muslimah, Bahan-bahan ilmiah dll.
3. Ruangan Iklan Untuk Disewa
4. Artikel2 Menarik Dan Berita2 Terkini
5. Radio Online Dll

Tiada ulasan: