Ahad, Januari 08, 2006

Kursus Perbandingan Antara Agama

Assalamu'alaikum warahmatullah

Islamic Information & Services (IIS) akan mengadakan satu kursus perbandingan agama pada tarikh berikut:

Tempoh kursus: 11 Januari - pertengahan bulan Mac 2006
Setiap hari Rabu, 8.00pm - 11.00pm
Tempat: IIS Foundation, 1-5-2 Bangunan Prima Peninsula, Jalan Setiawangsa 11, Taman Setiawangsa,KL (berdekatan LRT dan Pasaraya Giant Taman Setiawangsa)
Medium: Bahasa Melayu
Tel (O): 03-42604160

Objektif kursus:

1. memperolehi pengetahuan asas dan pemahaman di dalam agama-agama yang dianuti di Malaysia, dari segi persamaan dan juga perbezaan.
2. mempunyai kesedaran tentang persepsi/pandangan orang bukan Islam terhadap
agama Islam dan penganutnya.
3. memahami hakikat penda'wahan yang sebenar, terutamanya berkenaan pengetahuan dan maklumat yang diperlukan untuk:
- Membimbing orang bukan Islam kepada Islam.
- Menangkis tuduhan orang bukan Islam terhadap Islam
- mempunyai kesedaran tentang cabaran yang dihadapi oleh saudara baru dan yang belum tetapi berniat memeluk agama Islam.
- mendengar pengalaman daripada beberapa orang pendakwah.

Yuran kursus:

- non-student/working: rm100
- student: rm50
(nota+vcd+sijil akan diberi pada hari terakhir
kursus)

Trainer:
Brother Shah Kirit - 019 5557770.
Beberapa sumbangan beliau dlm aktiviti dakwah:

1. participated in the intensive comparative religion course 'International Da'wah Training Program' at IRF Mumbai, India organized by president, Islamic Research Foundation(IRF), Dr. Zakir Naik.
2. participated in the 'Training the trainer' course, organized by Nuruddeenn Lemu & Asiya Rodrigo from Islamic Education Trust, Nigeria.
3. organized and facilitated comparative religion classes for university students members of the public at IIS.
4. involved in comparative religion forums dialogues.
5. invited speaker for Jabatan Agama Islam, Govt. & Private Sectors, Universities and churches.
6. Da'wah officer, IIS and Manager, Saba Islamic Media, Maju Junction.

Modul kursus:

1. Mengapa perlunya ilmu Perbandingan Agama?
2. Adakah dakwah itu satu kewajipan?
3. Menjawab salah tanggapan terhadap Islam
4. Konsep ketuhanan dalam Islam
5. Konsep ketuhanan dalam Kristianiti
6. Konsep ketuhanan dalam Hinduism
7. Kepercayaan Buddhism, Taoism, Confucianism, Sikhism & Jainism.
8. Adakah Al-Quran merupakan kata-kata tuhan? (bagaimana cara membuktikannya?)
9. Adakah Bible juga merupakan kata-kata tuhan?
10. Persamaan antara Islam dan Kristianiti
11. Asas-asas kepercayaan Kristianiti (Divinity of Jesus, Divine sonship of Jesus, Trinity, Original Sin dan Crucifixion of Jesus)
12. Hak-hak wanita dalam Islam (menjawab persoalan kedudukan wanita di sisi Islam yg sering disalahtanggap oleh kebanyakan org Islam, dunia barat dan orientalis berdasarkan Al-Quran dan Hadis)
13. Al-Quran dan Sains Moden - adakah selari atau bercanggah? (Einstein's Theory of Relativity, kejadian alam semesta, manusia dan beberapa kejadian lain)
15. Presenting Islam to non-muslims (mempelajari teknik yg berkesan dlm
menyampaikan Islam kpd golongan bukan Islam, memahami psikologi non-muslim terhadap Islam, mengetahui perkara-perkara yg perlu diutamakan dan dikemudiankan ketika menyampaikan Islam kpd non-muslim)

Diharap maklumat ini dapat dikongsi bersama dgn yg lain utk meningkatkan kefahaman terhadap kepelbagaian agama khususnya di Malaysia dan semoga usaha saudara/saudari sekalian mendapat ganjaran dari Allah swt, insya Allah.
Wassalamu'alaikum





--
Al-faqirah ilaLLah:
"Allah matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perundangan kami, jihad jalan kami, syahid cita-cita kami" adiemad
012-2900354
NADIE SAKURA E-SHOP
http://www.adiemad.com/ver2
1. Air Market
2. Jualan Busana Muslimah, Bahan-bahan ilmiah dll.
3. Ruangan Iklan Untuk Disewa
4. Artikel2 Menarik Dan Berita2 Terkini
5. Radio Online Dll

Tiada ulasan: