Khamis, Februari 02, 2006

Waktu untuk bersuara

Maszlee Malik

Apa yang dilakukan oleh kerajaan Denmark bukanlah sesuatu yang baru. Keengganan kerajaan negara tersebut untuk mengenakan tindakan terhadap salah sebuah akhbar yang mempamerkan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW amat melampau. Walau bagaimanapun, ia bukanlah sesuatu yang baru. Kerajaan AS, kerajaan Zionis Israel, Kerajaan Britain dan yang seumpama mereka telah lama mempertahankan individu-individu yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW. Apa yang baru ialah kelambatan OIC untuk bertindak. Bukanlah bermaksud sebelum ini OIC bertindak segera, tetapi OIC kini di bawah pentadbiran Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur yang sering mendakwa mereka sebagai juara dan contoh kepada negara-negara OIC yang lain sepatutnya bersikap pro-aktif. Jika mereka benar-benar berbeza dengan pengerusi-pengerusi OIC sebelum ini, sepatutnya Kuala Lumpur telah terlebih dahulu memulakan inisiatif. Malangnya, negara-negara Arab yang dianggap sebagai kurang cerdik berbanding Malaysia lebih segera bertindak. Bantahan negara-negara teluk, negara-negara Arab yang lain hatta Palestin sendiri pun amatlah memalukan Kuala Lumpur. Mengapa tidak?, tanpa inisiatif Kuala Lumpur pun , mereka boleh segera bertindak. Begitu juga halnya dengan rakyat negara-negara yang terbabit. Samada dengan keluar berdemonstrasi, memboikot barangan Denmark, ataupun tekanan politik, yang utamanya mereka telah bertindak. Malaysia?, rakyat Malaysia ? umat Islam di Malaysia ? pertubuhan-pertubuhan Islam di Malaysia?

Maka terjawablah teka-teki mengapa warga bukan Islam boleh melampaui batas dengan mempertikaikan artikel 121(1) A. Umat Islam di Malaysia agak kurang sensitivitinya di dalam mempertahankan agama mereka. Bukankah perhimpunan Maal Hijrah 1427H di Putra Jaya boleh dijadikan medan untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap kerajaan Denmark. Sayangnya isu tersebut langsung tidak mendapat tempat lewat perhimpunan berkenaan.

Rasanya belum terlambat lagi untuk rakyat Malaysia bertindak. Sebuah jawatankuasa Ad-Hoc perlu ditubuhkan untuk mengepalai usaha ini. Demonstrasi di depan kedutaan Denmark, penyerahan memorandum bantahan kepada kedutaan tersebut, memorandum bantahan dan cadangan tindakan kepada OIC, usaha memboikot barangan Denmark dan juga sidang akhbar dan media untuk media-media antarabangsa perlu diadakan. Jika kerajaan Malaysia dan juga pertubuhan-pertubuhan pro-kerajaan tidak mampu untuk melakukannya, biarlah parti-parti politik, NGO-NGO, pertubuhan-pertubuhan mahasiswa dan juga individu-individu yang prihatin memulakannya. Bertindaklah wahai rakyat Malaysia sebelum terlambat!!!



--
Al-faqirah ilaLLah:
"Allah matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perundangan kami, jihad jalan kami, syahid cita-cita kami" adiemad
012-2900354
NADIE SAKURA E-SHOP
http://www.adiemad.com/ver2
1. Air Market
2. Jualan Busana Muslimah, Bahan-bahan ilmiah dll.
3. Ruangan Iklan Untuk Disewa
4. Artikel2 Menarik Dan Berita2 Terkini
5. Radio Online Dll

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

That's a great story. Waiting for more. »