Jumaat, Mac 24, 2006

Melayu hancur kerana dadah, Cina kerana seks

Oleh Lanh

Perbualan saya dengan seorang pembantu perubatan sebuah klinik
komuniti yang kerap bertugas di pusat serenti mendedahkan satu hakikat
menakutkan.

Katanya, pada tahun 1990 dulu dia bertugas di Pusat Serenti Tampin.
Pusat itu menampung 3,000 penghuni, 90 peratus daripadanya Melayu, 75
peratus daripada mereka HIV positif!

Itu dulu, keadaan sekarang tentulah lebih teruk, kata pembantu
perubatan berbangsa Cina itu.

Beliau mendakwa gejala dadah sekarang terlalu serius. Dakwaan
menyatakan ada sejuta penagih ada kebenarannya dan paling malang
sekali kebanyakannya orang Melayu.

Apabila berjinak-jinak dengan dadah dan berkongsi jaram, penagih
terdedah kepada HIV dan Aids. Mereka ini adalah bangkai hidup -
menunggu masa saja untuk mati, katanya yang kerap mengendalikan kes
korban HIV ini.

Berlainan dengan pemuda Cina, katanya, jumlah yang mati kerana dadah
tidaklah 'sehebat' orang Melayu. Malangnya, ramai pemuda Cina mati
akibat Aids dan HIV yang didapati melalui seks rambang.

Pemuda Cina, katanya, sama ada yang berjaya atau gagal dalam bisnes,
ramai yang jadi kaki mabuk dan perempuan. Untuk meraikan sesuatu
kejayaan, mereka adakan pesta di mana perempuan dan arak menjadi
mainan.

Bagi yang gagal katanya, mereka juga menjadi kaki botol dan akhirnya
terdampar di katil bersama-sama perempuan murahan. Mereka terdedah
kepada jangkitan HIV dan Aids.

Sama ada pemuda Melayu yang kaki dadah atau lelaki Cina yang kaki
perempuan, ramai daripada mereka HIV positif dan menunggu masa saja
untuk mati, dakwanya.

"Saya salah seorang daripada kakitangan kementerian yang terpaksa
menguruskan mereka. Hari ini kita bercakap dengan mereka (mangsa HIV),
tahu-tahu esok lusa mereka sudah tiada," katanya.

Ketika masalah penyalahgunaan dadah semakin buruk di kalangan rakyat
Malaysia, Majlis Peguam Malaysia pula mengesyorkan agar hukuman mati
dihapuskan. Pihak ini berpendapat pelaksanaan hukuman itu tidak
memberi kesan kepada kadar jenayah berat Malaysia. Majlis Peguam
berhujah kerajaan perlu menghargai nyawa rakyat.

Resolusi Majlis Peguam dalam mesyuaratnya yang ke-60 baru-baru ini
menyebut bahawa hukuman gantung perlu dimansuhkan dan semua hukuman
baru dibekukan sehingga satu keputusan dicapai untuk memansuhkannya.

Perangkaan menunjukkan sejak 1970, seramai 359 penjenayah di Malaysia
dijatuhkan hukuman gantung sampai mati dan 159 lagi menunggu pada
pelbagai peringkat rayuan dan pelaksanaan sebelum menjalani hukuman
sama.

Di seluruh dunia 76 negara masih mengamalkan hukuman mati. Malaysia
salah satu daripadanya.

Sejumlah 122 negara sudah memansuhkannya. Alasan pembatalan hukuman
mati sangat menarik untuk dibincangkan. Sebahagiannya berkaitan
tuntutan pergerakan hak asasi manusia manakala yang lain melihatnya
tidakan zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Resolusi Majlis Peguam sebahagiannya dilihat sebagai memenuhi kehendak
antarabangsa yang melihat dunia kini tanpa sempadan (globalisasi)
termasuk dari segi hukuman ke atas pesalah.

Hakikatnya di Malaysia, hukuman mati hanya membabitkan beberapa
kesalahan jenayah, antaranya bunuh, pemilikan dan penggunaan senjata
api, selain bagi kesalahan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan
Agong.

Satu lagi kesalahan membabitkan hukuman gantung ialah mengedar dadah.
Membatalkan hukuman mati ke atas kesalahan membabitkan dadah
memerlukan kajian menyeluruh dan penelitian sangat mendalam. Majlis
Peguam sudah menyatakan pendirian, tetapi bagaimana pula pandangan
ulama, cendekiawan, tokoh masyarakat dan pemimpin?

Dalam keadaan negara mengenakan hukuman mati ke atas kesalahan
mengedar dadah, penyakit masyarakat membabitkan bahan ini, terutama di
kalangan muda-mudi amat kronik, tidak dapat dibayangkan apa akan
terjadi jika hukuman ini dimansuhkan.

Dengan tiadanya hukuman keras, pelaku kesalahan tidak akan takut
kerana mereka tahu tidak akan dikenakan hukuman mati. Sehubungan itu,
menjadi kebimbangan jika pengedar semakin berani, sekali gus
menyebabkan wabak penagihan dadah semakin tidak terkawal dan
merosakkan masyarakat dan negara.

Berdasarkan perkembangan terbaru ini, termasuk desakan antarabangsa,
hampir pasti kepimpinan kerajaan Malaysia tidak dapat duduk diam
berhubung isu ini. Dikhuatiri lambat-laun mereka akan terpaksa tunduk
kepada desakan dan agenda antarabangsa ini.

Di sinilah pentingnya, masyarakat dan kepimpinan Islam seluruh dunia
kembali kepada Islam bagi mencari jalan penyelesaian. Islam sudah
menggariskan jalan penyelesaian dengan hukum-hakamnya, malangnya ia
tidak terpakai di hampir semua negara umat Islam.

Namun, alangkah indahnya jika umat dan negara Islam seluruh dunia
dapat bersatu padu dalam melaksanakan hukum Allah, sekali gus
berganding bahu menolak sama sekali agenda pergerakan hak kemanusiaan
Barat yang mencanangkan kononnya cara mereka adalah yang terbaik dan
perlu diguna pakai oleh semua orang, masyarakat dan negara seluruh
dunia!

--
NADIE SAKURA E-SHOP
"Allah matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perundangan kami,
jihad jalan kami, syahid cita-cita kami"
adiemad
013-2357442
http://www.adiemad.com/ver2
1. Pakaian muslimah seperti jubah, tudung, jubah seluar, jubah punjabi, dan
blouse.
2. Busana Muslimin
3. Buku-buku agama
4. CD Ceramah Agama dan bacaan Al-Quran
5. Bahan didikan untuk kanak-kanak (Islamik)
6. Info program-program Ilimiah di sekitar Lembah Klang.