Isnin, Julai 31, 2006

Summer Camp IPIJ 2006... Dtg lagi

Adik2 kat jepun tengah buat persediaan untuk summer camp ipij 2006. Semangat nampaknya. Sahabat2 boleh rujuk ke hpej ni:

http://summercamp.ipij.info/

Kalau sahabat2 ada di jepun, jemputlah ke program tersebut. I.ALLAH setiap kali program ada perbezaan kemanisannya. Hanya yang pergi tahu apa yg dapat di sana. Jd jangan lepaskan peluang yg bukan selalu ni. I.ALLAH setiap langkah yang menuju ke majlis ilmu, akan mendapat keberkatan ALLAH. Kalau tertidur sekali pun dalam majlis tersebut, pasti para malaikat mendoakan kesejahteraan kita. Inilah kehebatannya menghadiri majlis ilmu dengan seketul hati yang ikhlas.

Teringat kenangan manis sepanjang bersama IPIJ dulu.. antara keseronokan yang tidak dapat digambarkan dengan kata2, ialah sewaktu bersama2 sahabat2 dalam program2 nya. Mana xnya, bukan satu perkara yang mudah nak berjumpa kawan2, dapat duduk dlm majlis ilmu secara beramai2 di sana kecuali semasa program yg seperti ini. Yang dr utara, selatan, timur, barat semua nya ada.. ada yg dtg sorg2... ada yg dtg secara berkumpulan. Ada yg naik train selama 2 - 3 hari, ada yg naik kapal, sampai mabuk2 laut.. tak kurang juga yg datang naik kapal terbang sbb kesuntukan masa atau terlalu jauh dr tempat program. AlhamduliLLAH, pengorbanan wang, masa, tenaga itu pasti akan berbalas, sekiranya disertai dengan niat yang ikhlas. Kepenatan dalam perjalanan juga hilang terutama bila disambut dengan senyum manis sahabat2 yg dah lama xberjumpa.

Kepada sahabat2 IPIJ yg masih ada di sana, teruskan perjuangan.. moga dapat menyumbang sebagai sebahagian drp mata rantai perjuangan ISLAM di sana. Dalam ramai yg terpilih ke jepun, mungkin adik2 yg terpilih untuk menjadi penggerak program. Jd sama2lah panjatkan kesyukuran kepada ALLAH kerana dalam saringan itu, adik2 telah berjaya menjadi yg terpilih sebagai penggeraknya, dan semoga ALLAH istiqamahkan di atas jalan yg ada sekarang ini. Aamiin.

Tiada ulasan: