1. X-bibik sy hantar sms:
"Aslm mualkum mi apa kabar abg dgn siadik sehat ke. Klu kakak nak blk ke rmh um mi lagi um mi nak ke"
Dlm tersenyum simpul berjalan dr tempat parking kereta ke ofis, sy foward mesej tersebut kepada abi.. Abi jawap:
"Muahaha.."
Mak di kampung pulak, mcm tahu2 sj.. pagi lagi sewaktu mahu pergi sarapan pagi, sudah telefon bertanya kabar. Mak memang begitu; mungkin "instinct" nya kuat.. ya mmg kuat! sy perasan, bila ada apa2 shj mesti antara yg terawal bertanya ialah mak... betullah org kata; fitrah seorang ibu.... Sy cerita pada mak ttg sms yang sy terima.. mak kata; tak payah la.. mak siap pesan supaya sy berhati2 bila meninggalkan rumah, kunci pagar semua... takut dia dtg balik. Sy tersenyum mendengar kata2 mak. Ya, jika difikir, mmg ada betulnya kata mak.. Entahlah! sy pun confius mengapa x-bibik ku begitu .... huhu...
2. Kiriman sahabat fastabiqul khairaat sampai!
Sampai di ofis sy lihat, ada bungkusan! AlhamduliLLAH kiriman embak thety (ummuthoriq) sampai. Seorg shbt yg sudah sy anggap spt kakak sendiri sms sy berada di sapporo, jepun.. kami pernah tidur sebantal, makan bersama, susah bersama , mcm2 kenangan.. waktu itu embak thety mengikut suaminya yang sedang menyelesaikan phDnya di hokkaido university ; masih beranak 2 waktu itu (skrg sudah 4); thoriq dan hassan. Kenangan yg xdpt sy lupakan; pernah sekali sewaktu abu thoriq pulang ke indonesia; anak keduanya hassan diserang athma. Kami sama2 meredah salji sekitar jam 4 pg menghantar hassan ke hospital berdekatan dengan menggunakan stroller. Mmg cemas waktu itu, hassan masih berusia sekitar 2 tahun xsilap sy, wajahnya sudah pucat sgt waktu itu; kebiru2an! Alhamdulillah, sampai di hospital.. hassan diberi oksigen dan terpaksa di tahan di hospital selama lebih kurg seminggu...
Hasil karyanya kali ini berkisar ttg pengalamannya bersama muslim jepun yang memeluk Islam semasa dia berada di Jepun. Sugooi ya embak.. sudah jadi karyawan sekarang. Alhamdulillah, sudah 8 buah yang terbit. Yg dikirim kepada saya bertajuk: Hikari no michi
Tersentuhnya rs hati saat membaca karya embak tety ada rangkap yg di dedikasikan kepada saya di bhgn bawah karya nya: "Untuk adikku Nor Adilla nun jauh di Malaysia, kapankah kita akan berganding tangan lagi meniti jalan dakwah yang tak berujung..."... Sedihnya, rasa nak menitik air mata; kangen (rindu) sama embak tethy dan kenangan kita satu waktu dulu... :(
....
Waktu tengahari jumaat begini, sy selalu keseorangan di ofis. Maklumlah, yg lain2 rumah dekat masing2 ambil kesempatan balik ke rumah; mkn tengahari, solat, tengok anak dan sebagainya.. Memang sunyi... kdg2 risau juga tinggal sorg2. Mudah2an tiada apa . Lagi pun sy nak ke mana? Jalan ke tanjung malim, kalau tiada apa yg nak dibeli, buat letih lutut shj. Nak mengacau shbt2 seopis di rumah, hehe, xkena time plk rsnya sbb waktu tido dan waktu makan tgh hari. Biasanya mmg sy habiskan masa seorang di ofis. Biasanya sy mengadap komputer, melihat apa2 yang patut.
Kalau ikut plan pagi td, sy dan kawan2 bercadang nak ke hospital slim, melihat shbt yg sudah dekat 2 minggu di tahan di wad bersalin. Cuba sms dia.. sudah hampir jam 12 dia reply, beritahu yg dia sudah masuk ke dewan bersalin sejak jam 4 pg td! Ya Allah mudahkan lah perjalanannya.. doa sy dalam hati. Xjadilah kami melawat jika sudah di dewan bersalin. Insha-Allah slps bersalin nnti pulak.
2 ulasan:
nak amik maid pon pk banyak kali kan adi..kalo kita layan die baik depa ok tak?
susah jugak nak kata ija... mcm maid sy ni, dia minta cuti sy bg cuti, minta hntrkan balik sy hntr balik, ajak sembang sy layan, huhu..
bergantung pada individu mgkin.
Catat Ulasan