Baru beberapa hari ni saya berfikir-fikir tentang pembantu saya di rumah. Rupa-rupanya apa yang saya fikirkan terjadi. Pembantu sy minta untuk berhenti kerja. Saya cerita pada suami, nampak riak gembira di wajahnya. Seronok tiada orang lain di rumah katanya! Sebenarnya saya pun begitu. Tapi sebab kasihan kan anak-anak, ummi dan abinya selalu keluar awal dan pulang lewat kerja, saya dan suami ambil keputusan ambil pembantu selepas lahir anak kedua. Nampaknya 2 bulan setengah shj bertahan!
Mulai minggu depan bermula lah semula rutin saya sebelum ini. Hantar muhammad dan tasneem ke rumah pengasuh. Mudah2an mereka gembira di sana.
Apa pun saya bersyukur! Ada hikmahnya pengalaman yang singkat ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan