Rabu, Julai 08, 2009

Kejayaan yg tertunda


Alhamdulillah 'ala kulli haal...

Mendengar keluhan shbt2 mengenai kesusahan kesengsaraan hidup yg mereka lalui.. sy merasa amat bersyukur dengan apa yg sy ada. Kdg2 saya terlupa.. jika teruji sedikit shj, mula mengeluh, tidak ingat kurniaan selama 28 tahun hidup di muka bumi ini terlalu byk jika dibandingkan dengan kesusahan yg di lalui. Org lain? Lagi teruk.. lagi susah.. Buka mata. Sy xpernah teruji dengan perkara2 yg mrk lalui itu! Syukurlah!

Sabarlah shbt. Mungkin Allah menunda kejayaan/ keceriaan hidup itu ke masa yg paling-paling sesuai. Jika tidak di dunia... mungkin di syurga sana berkat kesabaran, kesyukuran yg telah di semai di dunia ini... Mudahnya jika diungkap dengan kata2.. tp yg menanggungnya dia sj tahu! Sy cuma mampu berdoa, tunjuk rs simpati ... kongsi nasihat.. full stop! Lemahnya sy sebagai seorg kwn... Semoga dengan tulisan sy ini tidak banyak, sedikit sy mampu naikkan semangatnya walaupun skadar 0.001%.

Teringat semasa Nabi menangis di thoif sewaktu hijrah bersama anak angkatnya Zaid bin Harithah mengajak Ummat di situ memeluk Islam. Kecewa Nabi yg amat sgt, sehingga dengan air mata, Nabi berdoa:

"Ya Allah! Ya Tuhanku! Aku mengadukan kepadamu akan kelemahanku dan penghinaan orang terhadap diriku, wahai Tuhan Maha Pengasih dari sekalian manusia. Kepada siapakah Engkau ingin menyerahkan, diriku ini? Apakah Engkau akan menyerahkan diriku kepada musuh-musuhku yang akan membinasakanku, ataupun kepada seorang yang bertimbang rasa yang dapat menimbangkan perkaraku. Tetapi jika Engkau tidak murka kepadaku, maka aku tidak menghiraukan semua itu, selain belas kasihanmu itu lebih banyak yang aku harapkan. Aku berlindung kepadamu demi ZatMu yang mencetuskan cahaya yang dapat menghapuskan segala kegelapan, dan yang mana digantungkan padanya segala urusan dunia dan akhirat, agar tiadalah turun ke atas diriku ini kemurkaanmu, atau menempat pada diriku kebencianmu, bagimu segala rupa keridhaan sehinggalah Engkau meridhai, dan tiada daya upaya melainkan dengan Allah saja! (Majma'uz-Zawa'id 6:35)"

Sedihkan? Kalau xrs perkaitannya dengan kita, cuba lah dan cubalah kait2kan.. sbb nabi tu dia utus sebagai pedoman. Segala yg dilalui dalam kehidupannya boleh menjadi contoh. Bukan setakat boleh. Bahkan MESTI!! Kalau Nabi mengadu tentang ummatnya, xsalah kita mengadu pada ALlah mengenai, anak yg menjadi rakyat bagi kita.. xsalah kita mengadu ttg suami yg menjadi pemimpin bagi kita. Xsalah mengadu pd Allah ttg bos yg menjadi pemimpin di ofis, atau anak buah yg menjadi rakyat di ofis... Begitulah... kalau tgk pada doa nabi tu pun seolah2 dia sudah hampir kepada putus asa.. tp putus asa bukan lah pilihan yg paling akhir bg hidup seorg mukmin! Puncak tertinggi pengaduan adalah kepada Allah.

Dedikasi untuk shbtku. Aku teruja merasa kuat, kerana aku melihat dirimu kuat. Berjuanglah sehingga ke puncaknya. Jika kemanisan nya tidak dirasai di dunia, di akhirat sana PASTI!

**********************

Baru bgn tido. Muhammad dgn kak Zafirah (sepupu)

Mlm td usrah muslimat BS BB di rumah kak jehan. Alhamdulillah sampai juga walaupun terlewat. hampir 8.40 baru sampai ke sana. Mulanya ingat nak tinggalkan tasneem dan muhammad dengan abi. Tasneem baru tido, sy masukkan dalam buai lebih kurg jam 8.15. Sambil makan nasi lemak yg abi beli (ringkas untuk mkn dlm beberapa minit, sedap.. sy pun suka, arigato abi), sy henjut tasneem di buaian. Abi kata.. "Tinggal je lah tasneem, kesian dia dah tido.." Mulanya fikir nak tinggalkan shj, tp disebabkan risau tiada bekalan susu yg sy tinggalkan di rumah, akhirnya sy bw juga. Senang, nak menyusu terus bagi! Siap mkn, angkat kedua2 nya ke dalam kereta, abi hntr. Muhamamad pun nampak dah mengantuk. Hujan pun renyai2.. Tasneem sambung tido lagi dlm kereta dalam perjalanan lebih kurg 10 minit ke rumah kak jehan. Sampai rumah kak jehan, cuba letakkan dia.. dan topok2.. hehe, nampak ramai org terus bulat matanya! Mula2 ok, dah lama2 mengamuk la! Dah time tido dia aku kacau..:D. terpaksa sy sorokkan tasneem ke bilik bawah rumah kak jehan sehingga dia tidur balik! Sikit je dalam usrah kali ni yg sy dapat. Semoga sy masih dapatlah ganjaran org yg mencintai ilmu (agama).. Padan muka, siapa suruh ingkar kata2 abi.. tinggalkan saja anak tu di rumah, dia mahu tidoor...!

**********************
Teringat masa zaman muda sy di Jepun. Tahun empat merupakan tahun yg paling kritikal bagi sy.. Ye lah dah final year, mmg rs nak pecah kpl. Siapa duduk belajar kat sana, dia tahu lah apa yg sy maksudkan mcm nak pecah kpl tu.. Waktu2 begini, sy suka mencari ketenangan dengan bersama shbt2 seiman. Ingat lagi waktu musim sejuk terakhir itu... hampir setiap minggu sy meredah salji untuk ke rumah seorg muslim mesir, sama2 jumpa dengan 日本人(org jepun) yg nak belajar mengaji. Najia san (muslim jepun yg sudah berusia stgh abaad) , nadia san yg pernah sy letakkan gambarnya di entry yg sblm ini, antara dua org yg cukup istiqamah belajar... Rumah Muslim mesir tu cuma di belakang sekolah. Tp nama je belakang sekolah... saya perlu meredah padang salji yg luas sekitar 2 km! Masa bersendirian melalui denai2 yg telah terbentuk kerana ada yg lalu di situ, sy selalu terpikir.. kalau aku tergelincir ke dalam padang salji ni dan terperangkap di situ, mungkin mayat aku hanya akan dijumpai setelah salji2 ini cair menjelang musim bunga nanti! Ya Allah, Alhamdulillah nyawa sy masih dipanjangkan sehingga ke hari ini.... untuk bercerita dan terus bercerita... smg bermanfaat!

4 ulasan:

Ummu Auni berkata...

assalamu`alaikum adi..tak tahulah ingat akak lagi ke tak? kak aini/mardhiah12 ni. apa khabar? kerja mana skrg ni?

Unknown berkata...

Salam kak... sy rs sy ingat lagi.. hehe.. Akak dulu yg sakit tuh kan.. Ingat2 lupa dah lama.. mcm ni lah kalau kenal maya...

alhamdulillah sy sihat.. akak? Sy keje di tjg malim skrg. Akak?

Ummu Auni berkata...

hehehe...akak kerja di telekom HQ, KL :)
iyelah tu akak lah tu...nampak adie lain sgt, mungkin sbb gambar dulu berpurdah :)

Unknown berkata...

Alamak.. malu la kak.. tu ms anak dara. Ni dah jd ibu beranak dua.. doakan sy ye kak:)