Jumaat, Ogos 28, 2009

bak anak burung

Alhamdulillah ala kulli haal..

Lewat masuk kan entry hari ni. Biasanya sy akan menulis waktu petang sebelum balik ke rumah. Tp ptg td staff di bahagian kewangan panggil untuk set upkan sistem di PC baru mrk. Dah hampir sgt dengan waktu nak pulang waktu sampai semula ke ofis td, jd kerja2 menulis sy tangguhkan skjp sehingga ke waktu ini... Skrg ni, semua staff jbtn tgh dalam proses dpt PC baru. Jd byk PC staff yg perlu di setup semula dengan sistem2 yg telah di install sblm ni.. Bagus gak.. terasa lah sibuk sikit. Pegi buat td pun smgt je rasa.. hehe.. cumanya kadang2 kerja2 menginstall sistem ni, kerja2 yang sekali sekala buat.. kdg2 terlupa. waktu2 mcm ni terpaksa bukak kitab balik:). Bagus, i like it!

Pagi ni sy masuk lambat lg ke ofis. Tp bukan sbb pegi tempah langsir @ pegi tempah nasi beriyani gam untuk berbuka puasa; cuma bw tasneem ke klinik untuk dicucuk. dah sehari ke sehari nak bw. Waktu demam hr tu, confirm.. doktor akan tunggu sihat dulu.. alhamdulillah hr ni dpt dicucuk dan yg lebih alhamdulillah lagi, tasneem xdemam.. standby juga ubat demam.. takut2 lah juga kalau demam.. Waktu ke klinik td dpt juga ku timbang anak dara ku itu. Waah, sikit je naik.. waktu 3 bulan 6.1 kg. Skrg 6.3 kg.. 200 g je ke dah dua bulan xtimbang...mmm musykil2.. sbb sy rs cam hantap juga kalau mengangkat. Ummi dah xlarat dukung sblh tangan.. ummi ingat tasneem dah masuk 8 kg ke.. hehe, nmpknya belum lg.. cuma bulat mu yg ketara.. hehe.. comel..

Antara perkara yg paling seronok buat bila jumpa tasneem dan muhammad ialah tonyoh muka tasneem. Kemudian muka muhammad. Ini kerana, tasneem masih wangi, bau2 baby terapi bg sy.. tp muhammad dah hangit sikit... tp kena tonuoh juga sbb sayang. hehe..ntah ape2 lah ummi ni..:D. Ya sy gembira buat dua perkara tu.. Dan yg paling sy rs lagi enjoynya ialah menyusukan anak. Sbnrnya sedih .. bila x dpt full time menyusukan 'on demand'; bila time anak nak je..bg. Apakan daya, inilah cbrn yg perlu ditempuh wanita bekerjaya. Ya! mmg sy rs ralat yg amat. Lebih2 lagi bila sy balik, anak2 sy mcm anak2 burung yg kelaparan (walaupun sudah minum susu botol sblm sy sampai..sy cium2 mulutnya ada bau susu dan muak:D).. kedua2nya sama sj, muhammad dan tasneem.. waktu muhammad baby dulu pun mcm tu.. bila sy balik punya excited muka.. dlm kereta lagi dia dah 'ready'.. sungguh.. sungguh sy sedih.. mmg betul sy terkenang anak burung yg kelaparan menunggu ibunya pulang... Ala kulli haal, sy amat bersyukur kerana walaupun anak sy sudah diberi susu botol, tp dia masih mahu menyusu dengan sy tanpa byk soal.. Risau juga sy, sbb kdg2 shbt2 bercerita anak masing2 xmahu menyusu ibu setelah diajar minum susu botol. Tasneem dan Muhammad dlm hal ni.. alhamdulillah beres.

Kak pu3qute pun hr ni dah mula memblog. Alhamdulillah welcom to da club kak.. sy terus bg sokongan. Insha-Allah kita sama2 kongsi pengalaman.. walaupun mungkin x mampu jd pemberi komen/cadangan terbaik, insha-Allah sy mampu jd pembaca setia;). Sesama yeh!

Dah la.. rs xlarat plk nak sambung.. abi dan anak2 semuanya dah lena. Rehat dulu.. mudah2an bangkit semula nnti dapat memberi idea yg lebih bermanfaat .. aamiin..

Tiada ulasan: