Jumaat, September 11, 2009

Quu anfusakum wa ahliikum naaraa

Alhamdulillah ala kulli haal..
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. at-tahreem:6



Besar sungguh peringatan Allah dalam ayat di atas. Menggambarkan betapa besarnya tanggungjawab seseorg individu sbg anggota keluarganya terhadap anggota keluarganya yg lain. Xkiralah sama ada dia seorg suami, seorang isteri, atau seorg anak sekalipun; dia wajib berusaha menjauhkan ahli keluarganya drpd api neraka. Ya, mmg benar hidayah itu milik Allah, tp manusia akan dipersoalkan tentang usaha dan tanggungjawabnya, astaghfirullah.

Dan di dalam surah at-taubah:24 pula;

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).


Cabaran hebat bila punya keluarga dan harta! Siapa yang boleh menafikan ayat ini.. Jika ahli keluarga dan harta menjadi penghalang untuk kita melaksanakan urusan Allah, maka tunggu lah azab Allah. Mm.. perkara ini bukan luar biasa...

Contoh 1:

"Abg, mlm ni solat kat rumah je la.. lps solat kang kita gi Jus*o beli baju raya budak."

Contoh 2:

"Abi2, kwn2 adik diorg asyik ajak abi ngan ummi diorg pegi k*c je, jomla.. kita dah lama xpegi.".."Abi ada usrah mlm ni, jap abi sms naqib cancel"

Aduh. Kita selalu kalah dgn keadaan. Kenapa ya xbisa bertegas. Sama2 koreksi diri!

Ilmu sy yg cetek berkata, perkaitan ayat di atas sgt dekat.. Memelihara keluarga drpd api neraka.. dan ahli keluarga sebagai salah satu cabaran yg paling besar..@ medan yg paling luas untuk kita kemudi dlm dakwah.. Betulkan jika sy silap!

**************
Tips:

Pernah xgunakan enjian carian ayat quran di bhgn kiri bawah blog sy ini. Jika belum pernah boleh cuba. Bg sy, sgt membantu untuk mencari makna ayat.. @ juga untuk membetulkan bacaan al-quran sy jika sy xpasti sebutannya. Masukkan sj apa2 suku kata cthnya td sewaktu mencari ayat di atas.. sy cuma ingat "quu anfusakum". masukkan suku kata ini, kemudian dia akan terus mencari. Dia akan beri beberapa cadangan ayat untuk kita semak mana satu ayat yg kita perlukan. Kemudian klik pada link yg diberi.. boleh lihat makna dan boleh dengarkan cara bacaan.. Semoga bermanfaat!

Tiada ulasan: