Selasa, September 08, 2009

Will @ willing to...

Alhamdulillah ala kulli haal.. 

Sabtu dan ahad lepas dpt turut serta dengan adik2 IPIJ dan juga adik2 dr persediaan ke Jepun dlm program jalinan mesra 09. Program ni mmg program tahunan yg biasanya akan menggabungkan 3 generasi. Generasi alumni, generasi IPIJ dan juga adik2 yg akan ke jepun xlama lagi. Alhamdulillah sedar x sedar usia IPIJ dah hampir2 10 tahun kalau dikira dr tarikh penubuhan rasminya tahun 1999. Sepanjang 10 tahun itu .. ada sejarah.. ada kenangan pahit manis.. Semoga kita sentiasa terpilih menjadi mata rantai perjuangan ... kita bukan lah yg pertama, dan bukanlah yg terakhir... kita adalah yg menyambungkan perjuangan dan dakwah  itu supaya ianya tidak terputus di tengah jalan, insha-Allah.. Jgn sampai kita menjadi pemutusnya! Na'uzubillah.

Jumlah peserta yg terlibat kali ni lebih kurg 30 org. Sbnrnya program start jumaat mlm sabtu lagi bersama dengan adik2 di sebuah rumah anak2 yatim di shah alam. Tp sy dan abi cuma dapat ikut serta pada hari sabtu dan ahad shj memandangkan jumaat itu lewat pulang dr kerja. Hampir muri.. kalau sy join, mungkin 'pengsan'... sbnrnya kalau ada kuat dan ada smgt mgkin boleh. Tp sy surrender utk program jumaat tu. Xcukup kuat lagi ni!


Suka sy berkongsi FAQ adik2 yang bakal menjejakkan kaki ke Jepun.

1. Senang ke nak solat bila time ada kelas?

Senang. Kalau org tu mmg xmahu solat, jgnkan kat Jepun, kat malaysia pun dia akan tinggalkan solat.
Begitu pentingnya perasaan "will" @ "willing to" dalam kita menunaikan ibadah. Kalau kita nak buat sesuatu, kita kena pasang niat. Kalau kita berhajat nak buat baik... dr awal lagi kita kena berharap... kita nak buat perkara tu.. usaha jgn lupalah.. Nak tunaikan solat.. insha-Allah susah mcm mana sekali pun, kalau kita memang dr awal ada rasa untuk melaksanakan, insha-Allah, Allah akan mudahkan urusan kita untuk melaksanakannya. Kalau mmg xde hati nak buat.. jgn ceritalah, alasan mmg banyakkan.. lagi2 dah ke jepun..

Dulu sy selalu solat time kelas, di bawah tangga.. kdg2 naik ke tingkat atas sekali dah nak ke bumbung.. kdg2 solat di suatu sudut sblh luar tandas (tandas di situ sgt bersih; sy bukan solat di dlm tandas ya;) ).. Alhamdulillah urusan untuk solat Allah mudahkan.. xlama pun solat, insha-Allah xganggu kelas.. Kita buang air kadang lebih lama lagi kan? Jd apa masalahnya.. nak solat x? Jgn byk soal.. hehe.. Adalah lebih baik sbnrnya kalau kita solat, org jepun dpt tgk. Mana tahu dgn itu dia mendapat hidayah; perasaan ingin tahu apa yg kita buat menyebabkan dia cari.. cari dan cari apa itu Islam.. Mana tahu kan kita menjadi punca hidayah.. Alhamdulillah syukur yg amat jika terpilih secara sgj @ tidak.

2. Kalau subjek yg kita ambil tu susah, dan kita nak tukar course, boleh ke?

Boleh kalau universiti benarkan. Tp kebanyakkannya xboleh. Dan biasanya JPA xbenarkan. Fikir dan decide betul2 sebelum pergi.. Solat istikharah.. Tugas kita hanya usaha. kena terima hakikat belajar di Jepun mmg susah dan memang mencabar.. semua org akan merasa susahnya.. Masa kita buat pilihan course tu pun, biasanya kita bukan sembarangan pilihkan.. Jd redhalah kalau kita merasa sgt susah course tersebut.. usaha sungguh2! kadang2 kita xtahu pertolongan Allah dtg dlm bentuk mana. Mungkin Allah bantu jika kita rajin dtg kelas.. Allah bantu kita jika kita baik dgn kawan2 dgn guru..

3. Susah ke nak kawan dengan nihonjin?

Biasanya org jepun lelaki dia mcm xmenunjukkan minat nak berkawan dgn foreigner. Tp xsemua la.. kebanyakannya... Yg perempuan mungkin dia lebih sikit minatnya dgn foreigner. Apapun, lebih baik kita mulakan dulu.. Kdg2 mmg rs xconfident.. Tp jgn risau, kbykannya baik2 dan jenis suka bantu org. Kita pun kena gunakan kesempatan yg ada untuk sampaikan dakwah.. bil haal.. bil lisaan. Sama2.. xsemua org ada peluang dan kesempatan mcm kita. Kita adalah duta kecil yg dipilih untuk ke sana untuk bw Islam bersama dakwahnya. Berat tanggungjawab tu.

Byk lagi soalan.. Tp biarlah sy memetik 3 soalan favourite ni shj...

***********************
Selain program indoor ada juga program outdoor. Tp abi dan muhammad sj yg dapat join.. Seronoklah, muhammad dpt berflying fox dgn abi. Sygnya ummi xdpt tgk, nnti ummi minta gambar dan video drpd kouhai2..

Sy hanya di bilik dgn tasneem.. Tasneem sudah pandai skrg. Manja.. aauuw.. anak dara ku. Kalau sudah merajuk suaranya besar.. mcm2 lah perlu ku lakukan untuk memujuknya.. Tp insha-Allah sy akan cuba biasakan keduanya dgn program2 sebegini.. Mudah2an bila besar nnti mereka akan bercita2 dan berusaha jd mujahid mujahidah agama.. Aamiin.. doakan mereka ya..! Allahumma Yassir...
 

2 ulasan:

WAK berkata...

Salam.Semoga ALlah memberkati majlis dan para pencintaNya.

Nor Adila Binti Rahmad berkata...

Salam.. aammin.. smg kita tergolong dalam golong pencinta2 taman firdausnya wak.. siiru ala barakaatillah