Rabu, Oktober 07, 2009

Inikah puncanya??

Alhamdulillah ala kulli haal..

Sedikit ayat Allah untuk sama2 direnungi:

وَإِذَآ أَرَدۡنَآ أَن نُّہۡلِكَ قَرۡيَةً أَمَرۡنَا مُتۡرَفِيہَا فَفَسَقُواْ فِيہَا فَحَقَّ عَلَيۡہَا ٱلۡقَوۡلُ فَدَمَّرۡنَـٰهَا تَدۡمِيرً۬ا
Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.
(Surah Al-Isra': Ayat 16)

وَإِن مِّن قَرۡيَةٍ إِلَّا نَحۡنُ مُهۡلِڪُوهَا قَبۡلَ يَوۡمِ ٱلۡقِيَـٰمَةِ أَوۡ مُعَذِّبُوهَا عَذَابً۬ا شَدِيدً۬ا‌ۚ كَانَ ذَٲلِكَ فِى ٱلۡكِتَـٰبِ مَسۡطُورً۬ا
Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat; yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz).
(Surah Al-Isra': Ayat 58)

كَدَأۡبِ ءَالِ فِرۡعَوۡنَ‌ۙ وَٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۚ كَفَرُواْ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِ فَأَخَذَهُمُ ٱللَّهُ بِذُنُوبِهِمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ قَوِىٌّ۬ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ
(Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya.
(Surah Al-Anfaal: Ayat 52)

******************
Allah memberi peringatan sblm datangnya qiamat... untuk sama2 direnungi dan diinsafi... Hari ni mungkin ia berlaku di sana. Esok mungkin di sini.. xsiapa tahu.. perancangan Allah maha hebat..!!

Pagi ini sy menerima email di bawah:
Baca sini

Jika inilah puncanya saudara2 kita di indonesia tidak mahu menerima bantuan drpd malaysia. Ya, sy juga selaku rakyat malaysia tidak setuju dengan sgl mcm cukai arak.. cukai judi.. yg dikaut peme*intah. Tp masih byk lagi tangan2 suci yg menghulurkan sumbangan dana itu... masih byk lagi tangan2 ikhlas yg menghulurkan bantuan itu... dan sy yakin bukan semua, malah mungkin sebahagian besar rakyat tidak bersetuju dengan cukai arak cukai judi yg terkait dengan sumbangan itu!

1 ulasan:

sitinurulhawa berkata...

ahahahahahahaha lawakkkkkk sungguhhhh... jadi jangan ambil bantuan dari amerika, austalia, jepang juga jangan.. mereka tu semua sekutu YAHUDI yang menyembelih saudara2 di Palestin.

Dari US asingkan tak?? VEGAS tempat judi terbesar dunia tu.. aihh tak apalah, sebab indonesia ada bau2 bacang dengan Obama kan? adehhh. inilah namanya BODOH SOMBONG alahai.. kasihannnnnn

rasa terhina betul dgn statement ni, seolah2 seluruh warga malaysia ni makan duit judi huh! tak sedar di untung