Terasa 'rugi' beberapa hari tidak sempat menulis, untuk dibuat kenang2an, ingat2an, dan sebagainya ..:) Ummi sibuk beberapa hari ini. Maklumlah, abi xada di rumah, jd segala urusan perlu dilakukan sendiri. Malam sabtu, ummi dan anak2 ke rumah opah di klang.. hilanglah sikit kesunyian. Dekat rumah opah; onyang, mak ngah dan anak2nya semua ada.. wah.. meriah sekali.. Tapi hr sabtu ummi xlarat, terpaksa menjadi baby siter kpd anak2 ummi plus anak2 mak ngah.. hehe.. sampai hilang suara hingga ke hari ini;).. Mak ngah, opah semuanya ada aktiviti diluar.. opah pegi rewang (tolong masak2 di rumah kenduri), mak ngah pegi mesyuarat dan dititipkan anak2nya kepada ummi.. hehe, pengalaman berharga.. baru 3 + 2 orang, itu pun dah kelamkabut. Cemana kalau 10 orang? serabut camni:
Beberapa berita yang menarik pandangan ummi hari ini...
1. Isu penangkapan Dr Maza.... ummi setuju dengan ulasan ust tantawi. boleh klik untuk baca ulasan beliau
2. Isu kenaikan harga rokok.. kenaikan cukai arak dan cukai rokok. Siapa yg kaya? Xtau la.. jwb la sendiri.. perokok tegar, tetap juga merokok kalau belum insaf..(mudah2an diberi hidayah dan kekuatan untuk berenti merokok)..Majlis fatwa kebangsaan dah putuskan bhw merokok tu haram.. usahalah supaya dpt diberhentikan tabiat itu.. sian pd diri sendiri, keluarga.. dan juga sesiapa pun yg ada dikeliling kita yg turut sama terima tempias bahananya..
Mmm, kalau yg ummi belajar masa kursus di melaka hr tu, segala mcm cukai, akan dikumpulkan ke dalam Kumpulan Wang Yang Di Satukan dan KWDS inilah yg akan dibuat byr gaji .. bla2.. dan lain2. Bila cukai rokok, cukai arak dinaikkan, maka lebih byk lah percentage yg syubhah yg haram termasuk dalam KWDS ni.. :(..Sedih bila memikirkan perkara ni.. rs terbelenggu... Mungkin ke sbb tu, anak2, remaja2 sekarang semakin byk 'mslh'; kerana mak ayahnya bw rezeki yg bercampur baur dengan yg haram.. yg syubhah..Ya Allah ampunkanlah hambaMu yg lemah ini...
Quote:Sesuatu perjuangan terutama dalam menegakkan seluruh sistem Islam berakhir dengan dua natijah atau keputusan besar samada meraih kemenangan atau gugur sebagai pejuang yang terus dikenang tetapi apa yang paling penting ialah mendapat keredhaan Allah ke arah mendapat kebahagiaan di dunia sementara dan negeri akhirat yang kekal selamanya.Tanpa pengorbanan generasi silam maka Islam tidak mampu tersebar luas sebagaimana yang kita kecapi pada hari ini.
Wasiat Sheikh Abdullah Azzam untuk yang bergelar Muslimat:
jauhi kemewahan kerana ia musuh kepada jihad ia pembinasa diri manusia
janganlah menunjukkan sesuatu yang berlebihan cukuplah seqadar keperluan sahaja
didik dan latih anak-anak dengan kegagahan dan kejantanan serta kepahlawanan dan jihad jadikan rumah-rumah sebagai kandang-kandang singa ....
bukan reban ayam yang menunggu gemuk untuk disembelih oleh toghut...
tanamkan ke dalam jiwa anak-anak kecintaan kepada jihad...
keinginan kepada medan perang...
lapangan yang penuh dengan keributan jihad
******************
Bbrp hari yg lepas, friendster sy disinggahi oleh seseorang yg tidak sy cam siapa dia orgnya. Bila buka profil dia, sy lihat.. sama sekolah dgn sy, tp umur xsama. Siapa ya.. fikir sy.. Sebaik menyapa, sy buka inbox friendster.. rupanya dia; kak farah.. roomate sy semasa di tingkatan satu. subhanallah, lamanya xjumpa!
Teringat kenangan manis waktu itu.. Kak farah tingkatan 3, dan saya tingkatan 1 duduk sebilik yg penghuninya seramai 13 org. Kami rapat.. selalu juga sy studuy bersama kak farah... dan satu perkara yg saya xmungkin lupa, kami pernah "tuang" xturun ke prep mlm.. senyap2 kami berdua duduk di surau untuk study. Untuk melarikan diri drpd si pengawas asrama.. kami menyorok bawah katil.. hehe, nakalnya adi..... waktu itu tengah mencari identiti diri... alhamdulillah mujur xpergi jauh. Sy bersyukur dengan kenangan2 itu.. bila dah tua2 ni, tersenyum semula bila terkenang... Kak farah sudah punya 2 anak.... mana agaknya yg lain2.. 13 org yg sebilik waktu itu, ada yg tingkatan 6 atas, kak odah, kak ita, kak nita.. tingkatan 5, kak yan, kak ila, kak erni.. kak ummi. tingkatan 3... kak farah, kak ina, tingkatan 2, kak wani, kak husna.. kak wani.. dan sy seorg tingkatan 1.. natsukashi.. mana yg lain2 ye..... lost contact!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan