Sabtu, April 24, 2010

berperancangan dlm kebenaran

alhamdulillah ala kulli haal...

skjp sj seminggu berlalu xterasa.. yey:D.. esok coti.. coti ya ummi:) hari minggu yg ditunggu2.... boleh nonbiri sikit.. dan yg paling penting.. tidak perlu memandu...:D

perjalanan hari ini, alhamdulillah baik2 shj... hr ini pun muhammad ummi tidak bawa ke instun, sebaliknya titipkan dia pada kak misah. baik pulak moodnya 2 hari ini, xmenangis. mungkin rs mcm nak ubah angin pulak.. duduk dengan adik min di rumah kak misah. adik min pulak, mcm biasa.. pagi2 sentiasa happy... sudah 'kenyang' tidur mlm gamaknya.. pagi tiada masalah.. lagipun belum reti nak mengikut.. tunggulah sikit lagi, apa plk akalnya.. cuma ummi perasan.. waktu dah nak tinggalkan tu, dia tidak mahu pandang tepat ke mata ummi; seakan2 mengelak... "bye dik min, assalamualaikum..." dia biasanya tak tengok.. lari2 mata.. ntah.. tafsiran ummi mungkin dia memikir "napelah ummi ku tinggalkan aku di sini ye.. mana agaknya ummi nak pegi" sama.. muhammad pun sama sj dulu waktu sebesar itu.. dan sikit2.. lama2 sudah pandai nangis mau ikut. mudah2an semuanya baik2 sj.

bbrp hari ini, abi sibuk.. sgt sibuk dan keletihan, sian abi xcukup tidur. lps balik kerja jam 8.00mlm, mandi2, solat, mkn.. abi keluar semula..ada amanah yg perlu dibuat diluar sana.. jam 1-2 pagi baru balik.. kdg2 ummi pun xsedar jam berapa baru abi di rumah. celik2 tgk abi dah duduk depan komputer:).. letih.. sesekali keluar di mulut abi, "mencabar juga tugasannya" ummi doakan semuanya baik2 sj dan abi istiqamah..aamiin. Ummi, biarlah ummi berkorban untuk anak2 sj di rumah buat masa ini.. mudah2an ada timbal baliknya di situ. Ummi rs untuk buat semua perkara dalam satu ms, dengan kederat yg ada.. mmg xmampu.. @ xsemua org mampu. tp ummi rs, semua org, siapapun di mana dia berada.. dia berperanan di tempatnya.. dan byk tempat dia perlu berperanan.. jika xdapat memainkan peranan di semua tmpt.. jgn tidak memainkan peranan langsung di mana2 tempat..hehe. maksud ummi, kalau xdpt buat semua, jgn tinggal semua.. begitu juga dengan ilmu... jika tidak dpt semua, jgn tinggal semua.. kejar semampu yg boleh..

waktu menulis ini, abi baru sj balik lebih kurg jam 1 lebih td.. mamai2.. biasanya ummi bangun untuk buatkan abi air sementara menunggu mengantuk balik.. biasanya dah minum air, abi berehat.. ummi pulak dah semakin segar sbb dah tidur dengan anak2 awal lagi td. kesempatan ini ummi ambil untuk buat serba sikit kerja rumah yng tertunggak, mencari bahan2 bacaan di internet, memblog dan kemudiannya tidur semula..

sembang2 dengan abi lepas balik kerja tadi, ummi asik teringat2 ttg suatu quote berkenaan kebenaran perlu pd perancangan yg baik.. xingat hadith @ kata2 siapa.. cari2 di internet terjumpa: 'Saidina Ali kr.w. pernah berkata yang bermaksud ‘kebenaran tanpa perancangan akan dikalahkan oleh kepalsuan yang ada perancangan’. benar dan sgt2 setuju.. sesuatu perkara terjadi disandarkan kepada sebab musabab.. org mahu berjaya.. kene berusaha.. kejayaan ditentukan Allah mmg betul.. tp fitrahnya begitu.. tiada kejayaan tanpa usaha.. tp ada org berjaya dengan cara menipu. menipu itu usaha dia untuk berjaya.. berjaya, berjaya juga tp dah pasti tidak mendapat redha Allah. di dunia mungkin dia gembira tp diakhirat nnti pasti disediakan blsn untuknya.. begitulah mungkin maksud drpt kata2 yg ummi quote kan td.. jika 2 belah pihak bertelagah @ berlawan... satu dipihak yg benar dan satu lagi thogut.. pasukan yg benar dan tidak punya perangan yg baik ini mungkin mudah2nya akan di kalahkan oleh pasukan thoghut yg mempunyai strategi dan perancangan yg baik.. jdnya, walaupun kita merasakan kita dipihak yg benar.. jgn ingat mudah2 kejayaan akan jd milik kita jika perancangan nya tidak ada.. main semberono sj mcm terrer.. hehe.. jdnya, siapa pun perlu menjadi TASMIM (yg berperancangan- maksud nama abi;) ) yg bukan TASMIM pun perlu menjadi TASMIM.. apatah lagi en TASMIM.. semoga abi menjadi seindah nama abi yg diberi arwah ma:)..

hiks.. cerita sedikit berkenaan ofis hr ni. pagi2 lagi kawan2 sudah sibuk dengan projek 5s.. smlm ptg waktu ummi trainin di ipoh ada meting di ofis ttg 5s. byk juga rsnya yg dibincang.. apa2 pun yg penting komitmen.. ummi pulak, terpaksa memencilkan diri sebentar untuk persediaan demo laman web pd sesi ptg :d hiks, gomen nasai minna san.. hrpnya semua paham.. nnti ummi tolong yeh:).. sikit sj lagi nak siap laman web baru tu.. kawan2 pun byk bantu.. susun atur design mmg dr dulu ummi surender.. tgn ummi tiada sentuhan kreatif:D ..jd sentuhan kreatif, mmg ummi terpaksa minta bantuan dr kawan2.. untuk develop, insha-allah ummi boleh.. alhamdulillah, bila dapat sokongan, mmg rs bersemangat.. dan bila ada teamwork, kerja rs makin terarah dan tidaklah rs mcm syok sendiri. ummi gembira.. thanks kawan2.. moga laman web kita lebih mantap lps ni. pasal 5s tuh, minggu depan kita buat sesama yeh;).

Tiada ulasan: